Yusri perjelas kenapa rehatkan skuad utama dalam perlawanan persahabatan

Pemain utama perlu rehat

KUALA LUMPUR 15 Feb – Pengendali Kelantan Yusri Che Lah mempertahankan tindakannya merehatkan tonggak utama Team Red Warriors (TRW) walaupun tumbang 1-3 ditangan PDRM FC pada aksi persahabatan menentang
di Stadium PBKL, Cheras malam tadi.

Yusri menjelaskan tindakan itu bertujuan memberikan rehat yang cukup kepada barisan utama menjelang aksi selepas mula Liga Primier pada 28 Febuari ini.

“Pemain utama mesti dapat rehat secukupnya, manakala pemain simpanan pula memerlukan 90 minit masa bermain untuk menilai serta mempertingkatkan tahap kecergasan masing-masing,” katanya.

Tanpa berselindung Yusri menegaskan bahawa aspek penjagaan kesihatan dan kecergasan semua pemain adalah lebih mustahak pada ketika ini bagi memastikan mereka benar-benar bersedia menjelang sepak mula Liga Premier Malaysia nanti.

Di samping itu, beliau berkata, perlawanan persahabatan merupakan platform terbaik untuk melihat sejauh mana barisan pemain simpanan memahami serta mengadaptasi corak permainan yang ingin diterapkan.

Jackson menjadi pemain import yang diuji Kelantan. Pic: fb Kelantan FA

“Saya mahu lihat bagaimana pemain simpanan meneruskan rentak permainan kerana tahap kecergasan mereka diragui. Mereka langsung tidak beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan di Kota Bharu.

“Saya juga perlu rehatkan pemain utama selepas beraksi menentang Selangor pada 12 Februari dan menempuh perjalanan ke Kuala Lumpur pada 13 Februari,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM), malam tadi.

Kelantan yang menurunkan barisan pemain simpanan bersama tiga pemain import ujian tewas 1-3 kepada PDRM pada perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Tambah Yusri, beliau maklum bahawa penyokong membayar tiket untuk melihat aksi pemain utama Kelantan, namun perlu melihat bagaimana Kelantan mahu beraksi cemerlang jika terpaksa berdepan kemudaratan akibat kecederaan pemain semata-mata ingin memenuhi kehendak penyokong.

Kerana itu beliau berharap penyokong setia Team Red Warriors (TRW) dapat bersabar dan fikirkan, apakah mereka dapat membantu barisan pemain menjadi lebih bagus melalui kecaman serta makian.

“Saya tidak menyalahkan penyokong dan tentunya pasukan sentiasa mengharapkan sokongan padu daripada mereka.

“Namun seandainya mereka tidak mampu lagi memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan, maka cukuplah mereka doakan kejayaan buat TRW pada musim ini,” katanya.

Sumber: Kelantan FA official

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close