Yusri Che Lah : Kisah perpindahan bernilai RM1

Nama Yusri Che Lah mungkin tidak asing lagi dalam arena bola sepak tempatan di mana beliau pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Perlis, Selangor, Perak dan MPPPJ.

Pada tahun 2005, Yusri bermain bersama pasukan Singa Utara dan penghujung musim tersebut, berlakunya peristiwa yang menjadi kisah klasik masa depan.

Yusri kini jurulatih pasukan Kelantan

Perpindahan ke MPPJ

Kelincahan Yusri di tengah padang menarik minat Chelsea Malaysia ketika itu, MPPJ FC, pasukan yang memenangi Piala Malaysia pada tahun 2003.

Selain Yusri, MPPJ turut ‘membeli’ pemain bintang ketika itu, Kaironnisam Sahabudin.

Bagaimanapun, perpindahan Yusri mendapat liputan hangat kerana pasukan Perlis meletakkan harga yang cukup menganjing, RM1.

Pada mulanya, Perlis meletakkan harga sebanyak RM100,000 buat MPPJ untuk mendapatkan khidmat antara pemain terbaik liga Malaysia ketika itu namun bagi pihak pasukan Petaling Jaya itu pula, harga itu keterlaluan.

Akan tetapi memandangkan Perlis tidak dapat menghalang hasrat Yusri untuk beraksi di Lembah Klang, maka dengan menganjingnya Perlis meletakkan harga RM1.

Kisah sebenar

Bagaimanapun, pada tahun 2018 Yusri telah berkongsi kisah sebenar di sebalik perpindahan RM1 itu. Menurut artikel Foxsports, sebenarnya MPPJ membayar RM30,000 kepada Perlis untuk mendapatkan khidmatnya.

Jadi dengan kata lain, nilai sebenar Yusri bukanlah RM1 seperti yang digembar gemburkan media, sampai Yusri digelar pemain seringgit!

Tetapi apa yang bangangnya bola sepak Malaysia pada era itu, sebenarnya kontrak Yusri telah pun tamat bersama pasukan Perlis dan sepatutnya dia boleh memilih mana-mana pasukan yang ingin disertainya mengikut peraturan Bosman oleh FIFA.

Selepas semusim bersama MPPJ, Yusri menyarung jersi Perak sebelum kembali ke Perlis untuk kali terakhir dan menggantung but.

Kini Yusri adalah jurulatih pasukan Kelantan dan sedang dalam persiapan rapi untuk membawa pasukan The Red Warriors untuk kembali menjadi kuasa besar bola sepak Malaysia.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close