Video: Persebaya tewaskan Sabah 3-1 dalam aksi persahabatan

Skuad Tembadau tewas kepada kelab Indonesia, Persebaya, dalam aksi persahabatan di tempat lawan. Meskipun sekadar perlawanan persahabatan, seramai 50,000 penonton memenuhi stadium, menunjukkan kemeriahan budaya bola sepak di sana.

Mesikpun turun sebagai pasukan uderdog, Sabah terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi gol hasil daripada kekalutan di depan gol pada minit kelima perlawanan,

Pemain import, Hetor Dinar Ramos dengan tenang mendada bola di depan gol Persebaya tanpa dicabar.

Bagaimanapun kegembiraan Sabah tidak kekal lama apabila Persebaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Bajul Ijo, selepas menerima tolakan daripada David da Silva.

Pada minit ke-40, David da Silva melalukan flick menarik hasil umpanan Irfan Jaya lantas menjadikan kedudukan 2-1.

Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, akan tetapi ketumpulan barisan serangan Sabah menyaksikan mereka mensia-siakan banyak peluang.

Pada hujung perlawanan, Persebaya menambah satu lagi gol menerusi Irfan Jaya yang mendapat bola sungkit daripada Rendi Irwan,

Mesikpun kalah, perlawanan ini boleh dikatakan sebagai persediaan yang baik buat Sabah untuk memberikan saingan dalam Liga Super musim ini.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close