Video: Para pemain Visel Kobe dan Yokohama gagal menjaringkan 9 penalti berturut-turut

Mengambil tendangan penalti memerlukan kekuatan mental dan daya fokus yang tinggi, terutamanya bagi mereka yang tidak biasa mengambil tendangan ini.

Tetapi dalam perlawanan Super Cup Jepun, antara Visel Kobe dan Yokohama berakhir dengan kegilaan yang kelakar selepas sembilan pemain gagal menjaringkan tendangan penalti penentuan berturut-turut.

Selepas tamat masa perlawanan sebenar, kedua-dua pasukan terikat 3-3, dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Empat penalti berjaya dijaringkan dan menjadikan kedudukan 2-2. Tetapi selepas itu episod kelakar bermula.

Pemain bertukar ganti mengambil tendangan tetapi gagal menerjah jaring, sehinggalah bekas pemain Barcelona, Andres Iniesta mengesahkan kemenangan Visel Kobe dengan menjaringkan penalti yang diambil.

Nasib baik Iniesta score. Kalau tak, sampai hari ni belum habis lagi tu.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close