Video Liga Europa: Manchester United tenang belasah Brugge, Arsenal sendu di laman sendiri, Lukaku mengganas lagi buat Inter

Perlawanan pusingan kedua Liga Europa berlangsung semalam melibatkan beberapa pasukan gergasi dan bekas gergasi. Dua pasukan dari EPL mencatatkan keputusan berbeza di mana Manchester United membenam Club Brugge 5-0, manakala Arsenal tewas 1-2 kepada Olympiacos di laman sendiri.

Manchester United tenang belasah Brugge

Manchester United bermula garang dengan serangan bertubi-tubi ke arah gol lawan sebaik sepak mula. Pada minit ke-23, pemain Brugge, Simon Deli, tiba-tiba menampan bola dengan tangan bagaikan seorang penjaga gol dalam kotak penalti sendiri.

Kad merah dilayangkan dan penalti disudahkan dengan gaya kelakar oleh Bruno Fernandes. United terus mengasak kubu lawan dan pada minit ke-34, seorang lain pemain baru, Odion Ighalo menjaringkan gol pertamanya buat United menerusi tap in yang mudah hasil hantaran Juan Mata.

Pemain tengah, Scott McTominay menambah gol United pada minit ke-41 apabila menendang bola dari luar kotak penalti, selepas menerima umpanan Fred. Fred kemudiannya menambah lagi gol United pada minit ke-82, sebelum sekali lagi menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan, sekaligus melayakkan United ke pusingan berikutnya.

Inter Milan tewaskan Ludogorets dalam stadium kosong

Perlawanan antara Inter Milan menentang Ludogorets terpaksa dimainkan dalam stadium kosong berikutan ancaman virus covid-19 (terima kasih China). Inter bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan selepas Oliveira Souza menjaringkan gol pertama Ludogorets pada minit ke-26.

Inter tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Cristiano Biraghi menolak bola lalu tertampan di kaki pemain Ludogorets, lalu menerjah gol pasukan lawan pada minit ke-31.

Pada minit ke-41, bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku meneruskan rekod cemerlangnya musim ini apabila menjaringkan gol yang agak kelakar. Lukaku menanduk bola daripada hantaran lintang rakan sepasukan, namun dapat ditepis penjaga gol lawan.

Namun nasibnya baik apabila bola melantuk ke kepalanya semula lalu menerjah gawang lawan. Inter layak ke pusingan berikutnya menerusi aggregat 4-1.

Arsena sendu di laman sendiri

Pasukan Arsenal pula lain ceritanya di Emirates apabila tewas kepada wakil Greece, Olympiacos, 1-2 sekaligus gagal mara ke pusingan berikutnya selepas aggregat terikat 2-2, namun kecewa dek peraturan gol tempat lawan.

Dalam perlawanant tersebut, Papis Abou Cisse membuka jaringan buat Olympiacos pada minit ke-53, lantas mengikat kedudukan aggregat, dan selepas 90 minit, perlawanan terpaksa dibawa ke masa tambahan.

Pierre Emerick Aubameyang memberikan sinar seketika buat penyokong Arsenal apabila menjaringkan gol pada minit ke-113 menerusi satu gol lipat. Pun begitu, Arsenal gagal mengekalkan kedudukan apabila Yuossef Al Arabi menjaringkan gol kedua Olympiacos pada minit ke-120 hasil kelekaan David Luiz, sekaligus mengecewakan Arsenal.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close