Video: Gol lipat Faiz Nasir bantu Terengganu FC ikat Suphanburi 1-1

Pasukan Terengganu FC mengikat pasukan Liga Thai, Suphanburi, 1-1 dalam perlawanan pra-musim di tempat lawan.

Dalam perlawanan tersebut, Terengganu menurunkan barisan yang kuat termasuk Lee Tuck, Sanjar Sakhmedov, Faiz Nasir, Faris Ramli dan juga penyerang baru mereka, Darren Lok.

pic/ FB TFC

Suphanburi terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-35 menerusi Ryutaro Karube. Selepas itu Terengganu terus mengasak cuba menembusi gol lawan tetapi tidak membuahkan hasil.

Selepas separuh masa kedua bermula Terangganu terus menyerang dan akhirnya hantaran dari tepi oleh Lee Tuck ditampan oleh pertahanan Suphanburi menuju ke kaki pemain Terengganu.

Rembatan diepaskan namun dapat diselamatkan oleh penjaga gol Suphanburi dan melantun ke arah Faiz Nasir.

Faiz dengan tenang melakukan tendangan lipat, kencang ke gol lawan sekaligus menyamakan kedudukan buat pasukan Terengganu.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close