Video: Danielle de Rossi menyamar sebagai penyokong untuk tonton perlawanan AS Roma

Lagenda bola sepak Itali, Danielle de Rossi telah mengubah penampilannya hanya kerana ingin menonton perlawanan bola sepak antara AS Roma dan Lazio di stadium tanpa diserbu peminat.

Rossi menggunakan khidmat jurumekap professional mengenakan rambut palsu, hidung getah dan juga memakai kaca mata dan berjaya memasuki stadium tanpa dikenali dan duduk bersama para penyokong ultras.

Video solekan Rossi telah dikongsi isterinya di akaun Instagram.

Rossi sebelum ini telah bermain untuk AS Roma selama 18 tahun dengan 616 penampilan, kedua terbanyak seleas Francesco Totti.

Pada musim panas 2019 Rossi berpindah ke Boca Juniors sebelum mengumumkan persaraan awal tahun ini.

Pada tahun 2012 dia mendapat tawaran lumayan daripada Manchester City, namun memilih untuk kekal bersama pasukan ibu kota Itali tersebut, sekaligus mengangkat martabatnya sebagai lagenda di hati para penyokong.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close