TM Kembali Taja Liga Malaysia

 

Telekom Malaysia menerusi subsidiarinya TM Multimedia (TMM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang menetapkan TM sebagai penaja utama Liga Malaysia musim ini.

Ia sekali gus menyaksikan TM muncul penaja bersama bagi Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup.

Kerjasama ini meliputi hak penyiaran eksklusif dan hak streaming mobile serta dalam talian bagi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA and Piala Malaysia pada semua platform unifi TV.

Menerusi persahabatan ini, TM akan menjadi Penaja Utama rasmi bagi pertandingan Piala Malaysia, satu kejohanan bola sepak paling lama dianjurkan di Asia Tenggara yang dijenamakan semula sebagai ‘TM Piala Malaysia’.

Perjanjian selama tiga tahun ini menjadi bukti kepada usaha berterusan TM dalam membangunkan sukan bola sepak tempatan yang akan meningkatkan prestij sukan di Malaysia.

Kerjasamaan antara TM dan MFL ini telah dimeterai pada majlis menandatangani perjanjian di antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan CEO TM Multimedia, Moharmustaqeem Mohammed yang mewakili TM.

Majlis tersebut disaksikan Mohd Amin, Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Mengulas kerjasama ini, Moharmustaqeem Mohammed berkata, “Kami teruja untuk menghidupkan semula kerjasama kami dengan MFL dalam usaha untuk memperbaharui kerjasama dengan MFL, yang dengan ini, menetapkan TM sebagai penaja acara bola sepak yang paling berterusan di seluruh Asia Tenggara.

“Ini juga merupakan sesuatu kebanggaan kerana dapat membangunkan dan membawa perubahan dalam arena bola sepak tempatan. Kami mahu membawakan saat-saat menarik perlawanan bola sepak kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya perlawanan yang melibatkan Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Liga Premier yang bersejarah dan paling digemari di negara ini.

“Para peminat bola sepak kini boleh menikmati perlawanan Liga Malaysia dan menonton pasukan kegemaran mereka beraksi. Setiap perlawanan akan distrimkan secara langsung menerusi rakan siaran, unifi TV dan boleh diakses menerusi unifi PlayTV.

Ini membolehkan para peminat menonton perlawanan menerusi tablet dan peranti digital mereka pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, sesuatu inisiatif yang seirias dengan visi TM yang ingin memudahkan kehidupan rakyat Malaysia serta melonjakan Malaysia ke arah Negara Digital,” katanya.

Perkongsian ini akan menyatukan para peminat bola sepak di mana sahaja menerusi akses mudah bagi menikmati kandungan bola sepak melalui pelan internet unifi Home, unifi Mobile dan wifi@unifi.

Setiap perlawanan kini boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman unifi TV dan unifi PlayTV yang boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store.

Dalam pada itu, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, “Kami (MFL), sangat berbesar hati dengan kerjasama ini serta keyakinan TM terhadap dunia sukan dan bola sepak Malaysia.

Ini membolehkan Liga Malaysia memainkan peranan sebagai pemacu kemajuan komersial dan menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat. Komitmen jangka panjang TM mencerminkan nilai dan potensi yang dimiliki oleh Liga Malaysia.

TM sentiasa menjadi penyokong setia bola sepak Malaysia, dan MFL amat berterima kasih kepada TM kerana menjadi jenama yang menyatukan seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong pasukan kegemaran mereka,” ujarnya.

TM melalui perkhidmatan penyiaran video Live TV, unifi TV akan menyediakan siaran langsung bagi setiap perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia serta perlawanan terpilih Piala FA mulai 28 Februari 2020, bermula dengan Piala Sumbangsih di lima saluran sukan unifi (unifi TV Saluran 701-705) yang akan pamerkan setiap perlawanan.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close