Timbul spekulasi Kelantan tiada jersi merah

Ketiiadaan ‘jersi keramat’ Kelantan berwarna merah menimbulkan persoalan dalam kalangan ‘pemain ke-12’ pasukan itu musim ini.

Situasi itu tampak menjadi kenyataan apabila Kelantan
telah memperkenalkan tiga warna jersi yang akan dipakai oleh TRW musim ini.

Tiga warna itu ialah biru, putih dan hitam, bagaimanapun merah yang menjadi lambang semangat pasukan masih belum kelihatan.

Pengarah Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari ketika dihubungi media rasmi pasukan mengambil pendekatan ‘mengunci’ mulut berhubung perkara tersebut.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen berhubung jersi merah samaada akan diguna pakai atau sebaliknya.

“Semuanya kena tunggu esok,” katanya.

Esok sekitar pukul 4 petang di dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kelantan akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain.

Dalam perkembangan lain, Wan Rakemi memberitahu,
konvoi kereta mewah menjadi ‘penyeri’ kepada majlis pelancaran jersi dan pengelanan barisan TRW untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020.

Katanya, konvoi tersebut merupakan salah satu ‘nafas’ baharu yang cuba disuntik bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Selain kereta konvoi motosikal berkuasa tinggi dan kayuhan basikal akan menambahkan lagi seri majlis berkenaan,” ujarnya.

Wan Rakemi berkata, beliau menyeru seluruh ‘pemain ke-12’ untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.

Sumber:Kelantan FA official

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close