Tiga lagi pemain import dalam radar FAM untuk dinaturalisasi

Liridon Krasniqi sudah sah menjadi rakyat Malaysia, mengikut jejak langkah Mohamadou Sumareh, dan seorang lagi import, Guilherme de Paula dikatakan bakal menjadi pemain ketiga naturalisasi untuk negara.

Pada masa yang sama, FAM dikatakan sedang memantau tiga lagi pemain import sebagai sasaran naturalisasi, iaitu pemain dari Colombia, Romel Morales yang bermain untuk Melaka United, Endrick Dos Santos (Brazil/Pulau Pinang) dan juga Careca (Brazil/Perak).

Mereka menarik minat jawatankuasa penilaian di FAM selepas mempamerkan prestasi cemerlang sebelum ini.

Morales sebelum ini beraksi selama dua musim buat PKNS FC dan dia dikatakan sudah berada dalam pemantauan Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia. Kini berusia 22 tahun, Morales dikatakan sebagai calon terbaik untuk dinaturalisasikan.

Endrick pula berusia 24 tahun dan Careca kini 25 tahun. Usia mereka yang masih muda menjadi keutamaan jawatankuasa FAM berbanding pemain yang lebih berusia meskipun sudah lama bermain di negara ini, seperti Tcheche Kipre.

Bagaimanapun, mereka bukanlah akan dinaturalisasi dalam tempoh terdekat, kerana mereka masih memerlukan tiga hingga empat tahun untuk mencukupkan syarat sah naturalisasi oleh FIFA.

Itu cerita naturalisasi. Dion Cools yang sah boleh bermain untuk Malaysia tu tak nak usaha ke FAM?

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close