Terengganu berjaya ikat penyerang kebangsaan kelahiran England

Pasukan Terengganu FC terus bernafsu menguatkan pasukan mereka bagi mencabar kejuaraan liga Super 2020 apabila berjaya mengikat penyerang kebangsaan kelahiran England, Darren Lok.

Darren Lok yang sebelum ini banyak menghabiskan masa bersama pasukan JDT II pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan sebanyak 9 kali sekitar tahun 2017 dan 2018, dan berjaya menjaringkan 1 gol ketika perlawanan persahabatan menentang Syria.

Darren dilahirkan di Hailsham, England dan ayahnya merupakan rakyat Malaysia.

Beliau menyertai akademi bola sepak bersama kelab Eastbourne Borough dan dinaikkan ke skuad senior pada tahun 2012.

Penyerang yang mempuyai ketinggian 1.75m itu kemudiannya dipinjamkan ke Horsham, tetapi dipanggil selepas 2 perlawanan oleh Eastbourne kerana kekurangan pemain.

Lok mendapat jolokan pakar supersub bersama Eastbourne kerana sering menjaringkan gol pada hujung perlawanan selepas dibawa masuk dari bangku simpanan.

Ketika bermain bersama kelab tersebut, Darren turut bekerja sepenuh masa di hospital berdekatan.

Pada penghujung musim 2015-2016, Lok meninggalkan England dan menyertai JDT II dan kebolehannya menarik minat jurulatih negara lantas memberikan caps pertamanya dalam jersi Harimau Malaya.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close