Tentatif majlis pelancaran jersi Kelantan Sabtu ini

 

KOTA BHARU 18 Feb – Jersi
rasmi Kelantan yang akan dipakai bagi mengharungi saingan Liga Primier 2020 bakal dilancarkan secara sahnya pada Sabtu ini.

Pengarah Urusan TRW Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, serentak dengan majlis itu Kelantan juga akan memperkenalkan secara rasmi pemain yang bakal membarisi pasukan untuk musim 2020.

“Kedua-dua majlis ini akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, bermula pukul 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun acara di Dataran Warisan itu akan bermula seawal pukul 8 pagi dengan pertandingan bola sepak jalanan.

Katanya, selain pertandingan bola sepak jalanan, kita turut adakan gerai jualan jersi rasmi pasukan bagi musim 2020.

“Jadi saya menyeru seluruh ‘pemain ke-12’ untuk membanjiri Dataran Warisan bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran jersi dan pengelanan pemain TRW musim 2020.

“Menariknya, majlis ini turut dimeriahkan dengan kayuhan basikal dan konvoi motosikal, persembahan kesenian rakyat Kelantan serta banyak lagi.

“Persembahan seni budaya itu selaras dengan Tahun Melawat Malaysia dan Kelantan 2020,” ujarnya.

Wan Rakemi berkata, majlis pelancaran jersi dan pengenalan pasukan itu memperlihatkan kesungguhan TRW Sdn. Bhd yang mahu mengembalikan semula zaman kegemilan bola sepak di negeri ini.

Sumber: KELANTAN FA official

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close