Sumareh dapat 10/10!

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh telah diberikan markah penuh 10/10 oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, sepanjang beliau beraksi buat Harimau Malaya, lapor BH.

Markah tersebut diberikan kepada pemain berusia 25 tahu itu berdasarkan beberapa faktor seperti prestasi, semangat dan sikap di dalam dan luar padang.

Tambah Ramalingam lagi, Sumareh patut dijadikan sebagai kayu ukur untuk pemain naturalisasi seterusnya. Antara pemain yang disebut-sebut bakal dinaturalisasikan adalah Liridon Krasniqi dan juga Guilherme de Paula.

Keputusan pertukaran status kedua-dua pemain ini dijangka akan diketahui pertengahan bulan Februari.

“Sumbangan Sumareh bukan semata-mata di atas padang, tapi di bilik persalinan, sikap bersama pasukan, hubungan baik dengan semua pemain dan dia tidak berlagak bintang atau pemain import, dia macam budak kita (pemain tempatan) juga.

“Dia pun tinggal di Malaysia sudah berbelas tahun dan negara ini macam rumah dia. Jadi kita boleh lihat bila kalah dia menangis, menang dia menangis dan bila jaringkan gol dia teruja.

“Ketika Piala AFF 2018 dia banyak meletakkan tekanan dalam diri sendiri kerana baru dapat status naturalisasi dan dia nak tunjuk yang dia berhak berada dalam pasukan kebangsaan. Tapi sekarang prestasi dia sudah semakin baik,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Berkenaan Mat Don dan De Paula, Stuart berkata ketetapan untuk naturalisasi adalah mengikut sistem skuad kebangsaan.

“Kita ada Jawatankuasa Program Naturalisasi yang membuat penilaian dari setiap sudut dalam membuat pemilihan terhadap pemain naturalisasi.

“Kita rasa Liridon serta De Paula mempunyai semangat dan ikhlas beraksi bersama Harimau Malaya, bukan semata-mata nak pasport,” tambahnya lagi.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close