Semua pasukan jangan tekan MFL berkenaan hak penyiaran

Semua pihak diminta bertenang dan tidak menekan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkenaan isu penajaan dan hak penyiaran yang belum dimuktamadkan sebelum 28 Februari nanti, menurut laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, penaja utama dan hak penyiaran Liga-M 2020 akan dimuktamadkan awal bulan depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa berkata demikian dan semua pihak perlu memahami kesukaran MFL mendapatkan penaja selain berdepan banyak cabaran di kala aliran ekonomi sekarang agak tidak menentu.

“Semua pihak jangan terlalu menekan dan kerana penajaan ini bukan senang dalam keadaan sekarang, kalau ditekan nanti, lagi jadi satu masalah kepada semua.

“Berapa kita akan dapat nanti (jumlah hak penyiaran) tidak jadi satu masalah tetapi kita kena terima sebab MFL sudah buat yang terbaik kepada semua rakan kongsi,” katanya.

Selain Nokman, SUA Felda United, Afizal Abu Othman turut menyuarakan pendapat yang sama dab percaya bahawa MFL sedang dalam proses untuk bangkit kembali selepas cabaran yang pelbagai pada tahun 2019.

“Banyak cabaran yang berlaku tahun lalu dan Felda United memahami kesukaran dialami MFL, malah saya rasa semua rakan kongsi juga bersedia membantu jika diperlukan.

“Mengenai hak penyiaran, saya juga harap siaran langsung akan turut disiarkan di saluran televisyen juga supaya turut meliputi semua masyarakat serta komuniti dan secara tidak langsung menarik lebih banyak penaja, ” katanya.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close