Pogba dapat lampu hijau untuk berpindah pada musim panas nanti

Kisah Paul Pogba ingin keluar dari Manchester United sudah berlarutan sejak musim panas tahun lalu di mana pemain tengah itu dikatakan sudah tiada hati untuk bermain dengan kelab tersebut.

Pada musim panas tahun lalu, United telah menyekat hajat Pogba untuk berpindah dengan mengenakan yuran perpindahan yang sangat tinggi, £180 juta kepada Real Madrid, lapor Metro.

Walaupun kaya, Real Madrid tidak sudi untuk mengeluarkan wang sebanyak itu lantas perpindahan Pogba tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, pada musim ini pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan sudah bosan dengan pemain tersebut dan bersetuju untuk melepaskannya walau terpaksa, selepas berbincang dengan pengurusan tertinggi United.

Kali ini, United meletakkan harga £150 juta, kurang £30 juta daripada harga tahun lalu.

Penurunan harga ini dijangka akan membuka hati Real Madrid dan Paris Saint Germain yang sememangnya berminat untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia 2018 ini.

Dari sisi Pogba pula, dia dikatakan sudah tidak yakin bahawa dia akan memenangi liga bersama United, apatah lagi memenangi Liga Juara-Juara.

Lagipun, United juga turut diketahui mempunyai masalah dengan ejen Pogba, Mino Raiola, dan masalah itu berlarutan sehingga menyebabkan perpindahan Erling Haaland ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan sekaligus mengecewakan peminat pasukan tersebut yang mana pada musim ini kerap menghabiskan masa dalam gua.

Buat penyokong United, terimalah lagu khas buat anda daripada Detik Sukan.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close