PJ City bakal sambar import Indonesia

PJ City mengesahkan dua pemain import baharu musim ini iaitu penyerang kebangsaan Guinea Demba Camara, 26 dan Kim Bong-jin, 29 tahun dari Korea Selatan.

Dengan perkembangan ini hanya satu lagi kuota Asean yang masih belum diisi.

Bong-jin pernah bermain dengan beberapa kelab di Asia seperti di Vietnam, Hongkong dan 2 kelab Korea Selatan Incheon United dan Gyeongnam FC.

Jurulatih K. Devan seperti dipetik daripada NST sebagai berkata, “Beliau akan berperanan di pertahanan dan mampu bermain di bek tengah dan pemain tengah bertahan.

“Camara pula seperti pemain nombor 9 yang akan memegang bola malah beliau juga tinggi lampai (1.86m). Boleh mengucar ngacirkan pertahanan lawan dengan kepantasan beliau.

“Pemain Guinea ini pernah bermain di Turki dan Cyprus. Ada kualiti dan pasti gandingan baik bersama Washington Brandao, pemain import dari Brazil.

“Kita sudah kenalpasti pemain Indonesia yang memegang pasport Belanda dan seorang lagi dari Filipina yang berketurunan British,” tambah Devan lagi.

Devan juga menambah bahawa skuad beliau musim ini lebih lengkap dengan penyenaraian beberapa pemain berbakat dan berpengalaman seperti K. Gurusamy, D. Christie Jayaseelan, Mohd Amer Saidin dan Mohd Syazwan Zaipol Bahari, penyerang R. Kogileswaran dan penjaga gol Damien Lim.

“Kita dalam proses membina pasukan dari segi taktikal dan psikologi,” ujar Devan.

Skuad PJ City akan dimuktamadkan minggu depan. Pada musim lepas, pasukan ini menamatkan saingan dengan 26 mata.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close