Perpindahan Matthew Davies: Yuran perpindahan RM16juta adalah berita palsu

Beberapa hari ini sembang-sembang bola sepak negara dimeriahkan dengan perpindahan kapten pasukan Pahang, Matthew Davies, yang menyertai pasukan juara 6 kali berturut-turut Liga Super, JDT.

Lebih meriah pula apabila nilai yang JDT bayar kepada Pahang untuk mendapatkan bek kanan ini adalah RM16 juta!

Disebabkan orang Malaysia suka percaya benda-beda tahyul, maka berita mengenai nilai perpindahan yang sangat tinggi ini menjadi buah mulut di segenap pelusuk dunia bola Malaysia.

Ada yang mengatakan pengurusan Pahang bijak kerana berjaya mendapat wang yang cukup untuk digunakan semusim, dan sebahagiannya pula mengutuk JDT kerana berbelanja begitu tinggi untuk seorang pemain pertahahan.

Selepas beberapa hari tular, akhirnya Matthew Davies memberikan hint dalam insta-story akaun Instagramnya apabila dia menulis tanda pagar #FakeNews yang bermaksud #BeritaPalsu.

pic/IG Matt Davies

Difahamkan, nilai sebenar Davies yang dibayar JDT adalah sekitar RM1-2 juta sahaja dan jumlah ini jauh sekali daripada khabar angin RM16juta.

Sebelum itu Davies telah memuat naik ucapan selamat tinggal buat penyokong Tok Gajah di akaun Instagramnya.

View this post on Instagram

Today is a bittersweet day for me, my time at Pahang FA has come to an end. After five seasons with the club and over 150 games I’m saying my farewells. It’s hard to put into words what representing this state meant to me and how hard it will be to part. Pahang will forever have a special place in my heart, I can’t thank my teammates, Pahang FA staff and of course the fans enough. ⁣ ⁣ I want to thank Tengku Muda Pahang for always having faith in me and allowing me to captain this team since 2016, it’s truly been an honour.⁣ ⁣ Hari ini merupakan hari yang pahit manis bagi saya kerana terpaksa memberitahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersama pahang fa. setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawanan , saya terpaksa memberitahu perpisahan saya. Amat sukar untuk saya mengucapkan dalam kata2 bahawa negeri ini amat lah bermakna bagi saya dan betapa sukarnya untuk dipisahkan.⁣ ⁣ Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para2 peminat. ⁣ ⁣ Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016, ini menjadi penghormatan bagi saya dan saya akan mengingati detik2 manis ini selama-lamanya. Walaupun saya berada di tempat lain, Pahang tetap di hati saya.

A post shared by Matt Davies (@matttdavies) on

Dalam ucapan panjang lebar tersebut, Davies mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang yang sentiasa mempercayainya, dan turut mengatakan bahawa Pahang akan selamanya ada tempat yang isitmewa di hatinya.

Bersama JDT, Davies dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk merebut tempat di kesebelasan utama kerana posisinya, bek kanan, merupakan posisi yang paling goyang bagi JDT setakat ini.

Ini jelas dapat dilihat dalam perlawanan AFC Champions League menentang Vissel Kobe tempoh hari di mana S.Kunanlan dilihat agak terkial-kial mencari rentak permainan, tidak seperti S.Kunanlan yang biasa kita kenali.

Kita juga tahu bahawa JDT sedang berazam untuk mencipta sejarah untuk mara lebih jauh dalam kejohanan ACL selepas gagal melepasi peringkat kumpulan tahun lalu, jadi dengan penambahan Davies, JDT mepunyai pasukan yang boleh dikatakan hampir lengkap.

Kenapa hampir lengkap? Tengok bahagian pertahanan tengah. Kudratnya mungkin tidak dapat menyaingi penyerang hebat pasukan-pasukan dalam ACL. Tiba masanya JDT mencari pemain import pertahanan tengah setaraf Marcos Antonio.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close