“Perlis belum bayar gaji saya” – Khyril Muhymeen

Khyril Muhymeen Zambri masih belum menerima baki bayaran gaji daripada bekas pasukannya Perlis selepas meninggalkan pasukan itu sejak tahun 2018. Pasukan Perlis menerima hukuman yang berat daripada FIFA apabila digantung menyertai Liga Malaysia. Masalah yang dihadapi pasukan Singa Utara itu tak lain tak bukan – kewangan.

Khyril, 32 tahun masih kekal dengan Selangor untuk musim ini

“Banyak pasukan berbelanja lebih dariada kemampuan untuk memenangi kejuaraaan dan ini akan menyebabkan mereka bermasalah untuk mengawal kewangan. Saya harap pasukan melabur ikut kemampuan,” ujar beliau seperti yang dilaporkan oleh News Straits Times.

Kemungkinan besar Khyril tidak akan menerima baki bayaran gaji beliau kerana pasukan itu sememangnya tidak dapat menyertai Liga Malaysia selepas digantung FIFA selepas tidak membayar gaji seorang bekas pemain import.

“Saya tak dengar apa-apa berita daripada Perlis,” ujar beliau lagi.

Khyril kekal bersama Selangor musim 2020.

Berkenaan dengan persiapan pasukan Selangor, beliau menambah bahawa semuanya berada dalam keadaan baik dan persefahaman antara pemain semakin meningkat.

“Tahun lepas ada sedikit masalah antara beberapa pemain dan coach tetapi mereka semua sudah digugurkan daripada pasukan.”

Amri Yahyah dilaporkan mempunyai hubungan yang buruk dengan jurulatih Selangor, B. Sathianathan dan pernah berkata beliau akan bermain dengan pasukan yang tidak akan dikalahkan Selangor. Amri akhirnya menyertai Sarwawak United untuk musim 2020.

Sementara itu, Selangor melantik pemain bek tengah import dari Australia selaku kapten untuk musim ini.

“Dengan adanya kapten baru iaitu Taylor Regan, saya percaya pasukan mempunyai kekuatan dan kestabilan lebih baik lagipuan beliau ada ciri kepimpinan dan mampu memberi arahan semasa perlawanan.’ Tambah Khyril lagi.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close