Pengurus Manchester United salahkan bola sebagai punca pasukannya gagal menang di Brugge

Pasukan yang pernah bergelar gergasi Eropah, Manchester United semalam telah diikat kelab Belgium, Club Brugge dalam pusingan kalah mati Liga Europa.

Meskipun keputusan seri 1-1 tersebut memberikan kelebihan kepada United yang akan menentang lawan sama di laman sendiri nanti, pengurusnya Ole Gunnar Solskjaer tetap tidak berpuas hati dan menyalahkan bola sebagai punca pasukannya tidak menang, lapor Mirror Football.

Dalam perlawanan tersebut, United terlebih dahulu menderma gol kepada pasukan lawan selepas bola tendangan daripada penjaga gol Brugge, Simon Mignolet, disambut penyerang Emmanuel Dennis di dalam kawasan lawan lalu melemaskan penjaga gol United, Sergio Romero.

“Satu perlawanan yang susah menentang pasukan yang cukup teratur dan dalam keadaan yang sukar,” kata Ole selepas perlawanan.

“Ssaya tak rasa yang ia adalah perlawanan terbaik kami, kami agak barai, tak fokus, dan keadaan padang dan bola memburukkan lagi situasi.

“Bola yang digunakan sangat berbeza dan susah nak kawal. Tapi sama la untuk kedua-dua pasukan.

“Bola tu ringan, haaa awak patut cuba nanti.

“”Kami seri. Keputusan seri, jadi mereka kena datang ke Old Trafford dan jaringkan gol, jika mereka mahu seri.

“Kalau tidak, mereka perlukan lebih daripada satu gol nanti,” tambahnya lagi.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 27 Februari nanti di Old Trafford, Manchester.

Jika gagal layak ke pusingan berikutnya dalam pertandingan ini, Ole akan diangkat sebagai pengurus yang paling gagal sejak era pasca Alex Ferguson, dan penyokong kelab ini akan terus terguris diejek penyokong pasukan lain.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close