Penerima Anugerah FIFA Fair Play 2017 sertai Kuala Lumpur

Pemain kebangsaan Togo, Francis Kone yang juga penerima Anugerah FIFA Fair Play pada tahun 2017, telah sah menyertai pasukan ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Francis menerima anugerah tersebut selepas menyelamatkan penjaga gol Bohemians, Martin Berkovec yang jatuh pengsan selepas terlibat dalam perlanggaran dengan rakan sepasukannya dalam satu perlawanan Liga Republik Czech.

Kone yang beraksi untuk pasukan lawan, Brno, dengan pantas membantu Berkovec dengan meletakkan jarinya ke dalam mulut penjaga gol itu bagi mengelakkan dia tertelan lidahnya sendiri.

Selain Berkovec, Kone pernah menyelamatkan tiga lagi pemain daripada maut akibat tertelan lidah sendiri iaitu ketika dia bermain di Liga Thailand(seorang) dan dua pemain ketika dia beraksi di Liga Ivory Coast.

Kone membantu menyelamatkan pemain di atas padang kerana pengalaman ngeri ketika muda di mana dua jirannya maut akibat tertelan lidah sendiri.

Perpindahannya ke Kuala Lumpur boleh dikatakan untuk menggantikan penyerang, Guilherme de Paula yang menyertai pasukan Perak.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close