Pemain Perancis digantung 5 tahun selepas gigit zakar pemain lawan

Seorang pemain amatur di Peranis digantung 5 tahun selepas didapati bersalah menggigit zakar pemain dalam satu pergaduhan di atas padang, lapor si.com.

Kejadian ini berlaku ketika perlawanan antara SC Terville dan AS Soetrich, dua kelab di timur LLoraine, Perancis.

Kejadian ngeri ini berlaku apabila dua pemain bergaduh dan cuba dileraikan oleh mangsa yang merupakan pemain Terville.

Dalam keadaan kelam kabut tersebut, pemain Soetrich secara tiba-tiba menggigit zakat pemain Terville tersebut.

Mangsa terus dibawa ke bilik rawatan dan menerima 12 jahitan untuk menutup luka tersebut dan mendapat cuti sakit selama 4 hari!

Kejadiaan ini telah dirujuk kepada badan bola sepak tempatan dan hukuman dijatuhkan kepada pemain Soetrich tersebut dengan 5 tahun penggantungan.

Kelabnya juga didenda €200 (RM800).

Lebih malang lagi buat mangsa apabila dia turut didenda di mana dia digantung sehingg 30 Jun 2020 kerana tingkahnya dalam bilik persalinan dan ruang parkir.

Terville didenda €200 dan dipotong 2 mata.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close