Pasukan M3 Bukan Berstatus Kelab Feeder: Yusoff Mahadi

“Pasukan M3 ini bukan berstatus kelab feeder,” demikian kata-kata pengerusi Amateur Football League (AFL) Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang menegaskan bahawa tidak wujud [asukan berstatus feeder dalam kalangan asukan Liga M3 dan M4.

Dalam kenyataan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, pelaksanaan kelab feeder hanya untuk pasukan Liga Premier dan Liga Super sahaja dan tidak melibatkan pasukan AFL.

Justeru, beliau mengingatkan agar semua peminat dan penyokong supaya tidak keliru selepas ada pasukan amatur yang bermain di M3 mempunyai nama mirip pasukan di Liga Super dan Premier.

“Saya berharap orang ramai tidak keliru dengan segelintir pasukan yang memiliki nama hampir sama dengan pasukan liga atasan seperti Melaka (Liga Super) dan Melaka United FC (Liga M3), Sarawak United (Liga Premier) dan Sarawak FA (Liga M3), Kuala Lumpur (Liga Premier) dan KL Rovers (Liga M3),” katanya.

Setakat ini hanya empat pasukan yang dibenarkan untuk memiliki kelab feeder iaitu JDT, Selangor, Terengganu FC dan Perak di mana pasukan feeder masing-masing beraksi di Liga Premier.

Kenyataan ini secara tidak langsung menamatkan spekulasi bahawa kelab Melaka United FC dan KL Rovers adalah masing-masing kelab feeder bagi pasukan Melaka United dan Kuala Lumpur.

Selain itu, Yusoff Mahadi turut menjelaskan bahawa penstrukturan semula Liga M3 menyaksikan Melaka United FC, Semarak FC dan KL Rovers dimasukkan ke dalam liga 20 pasukan tersebut.

20 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan sama rata. Pada musim lalu, liga m3 terdiri daripada 14 pasukan dan bermain secara double round robin.

Kelantan United muncul juara pertama M3 sekaligus layak beraksi di Liga Premier bersama-sama pasukan ‘abang’ mereka, Kelantan FA.

Dalam perkembangan lain, AFL juga turut mengumumkan bahawa saingan M3 yang distrukturkan semula ini sebagai persiapan untuk pasukan memasuki era semi-pro pada musim 2021.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close