Nafuzi: TFC hanya underdog sahaja

Peminat setia skuad Penyu atau TFC musim ini pasti akan teruja dengan barisan pemain pasukan itu musim ini.

Mereka mempunyai kualiti pemain yang terbaik sejak daripada dahulu lagi seperti bek kiri Rosdi Talib, penjaga gol Syamsuri Mustafa, penyerang Ashaari Shamsudin dan Abdul Hadi Yahya dan pemain tengah seperti Zairo Anuar Zalani dan Ismail Faruqi.

Pada ketika ini, beberapa pemain yang mendapat perhatian ramai ialah seperti penjaga gol Mohd Rahadi Azli, penyerang Syafiq Ismail, pemain tengah Mohd Afiq Haikal Haruddin, Mohd Muslihuddin Atiq, Mohd Azam Azmi Murad dan Shamsul Amani tak ketinggalan pertahanan iaitu Rahmat Makasuf dan Azalinullah Alias.

Menjelang liga bermula, dalam kesemua perlawanan persahabatan, pemain-pemain ini menunjukkan kemampuan mereka untuk menterjemahkan falsafah dan taktikal jurulatih Nafuzi Zain dan perkara ini semakin menarik perhatian peminat skuad Penyu.

Nafuzi Zain seperti dipetik oleh New Straits Times berkata, “pemain-pemain ini bertenaga dan berkemampuan.”

“Dalam kesemua 4 perlawanan persahabatan, pemain-pemain muda ini menunjukkan kehebatan kerana mereka mempunyai keinginan yang tinggi untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Cuma mereka kurang pengalaman. Jika nak bermain di dalam liga, kamu mesti berhadapan dengan berbagai senario dan ini memerlukan pengalaman-pengalaman tertentu.

Mereka dalam landasan yang betul dan baik dan pasti akan memberikan kami kelebihan di masa akan datang.”

Ramai peminat menyasarkan TFC bakal mencabar kejuaraan Liga Super tetapi Nafuzi merendah diri dengan meletakkan pasukan itu sebagai underdog sahaja.

“Melihat kepada JDT, Selanagor, Pahang, Perak dan Kedah yang membuat persiapa yang rapi, saya sentiasa beranggapan bahawa mereka lebih baik daripada kita. Kita hanya underdog.

TFC selesa dengan underdog – Nafuzi

“Musim ini kita ada pasukan yang baru dengan ramai pemain muda. Ya, ada yang membandingkan persiapan pra musim sebagai langkah untuk memantapkan pasukan ketika liga berjalan tetapi bagi saya, ianya lebih kepada mewujudkan suasana harmoni dalam pasukan disamping aspek kecergasan.

“Kita menang 4-1 ke atas Pahang dalam perlawanan persahabatan, tetapi ia bukan bermakna pasukan lawan itu lemah. Saya masih belum yakin dengan kemampuan kita dan saya mahu pemain perlu tingkatkan prestasi dari masa ke semasa.”

TFC musim ini membariskan pemain antarabangsa Singapura iaitu Faris Ramli, penyerang Mauritania Dominique Da Sylva, pertahanan dari Senegal Boubacar Diallo, pemain pertahanan Arif Fadzillah, pemain sayap D. Saarvindran, dan pemain tengah Nasir Basharuddin dan Faiz Nasir. Faiz Nasir kembali bersama TFC selepas semusim di Selangor.

Faris Ramli menjadi sandaran TFC musim ini.

Nafuzi juga melihat pemain import semakin serasi.

“Pra musim ini sangat panjang dan ia mampu mewujudkan keserasian. Kita telah bermain beberapa perlawanan pra musim di Malaysia dan Thailand, jadi pemain mempunyai masa yang cukup untuk mengenali antara satu sama lain. Pemain import yang di senaraikan juga sangat berkaliber,” tambah Nafuzi lagi

Pada musim lepas, TFC menduduk tangga ke 7 liga dengan 30 mata dan layak sehingga suku akhir dalam kedua-dua saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close