MFL mansuh syarat, Liridon boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan

MFL (Malaysian Football League) hari ini telah memansuhkan manual syarat pemain naturalisasi selepas mendapati ianya tidak lagi sesuai untuk dikuatkuasa atau dipraktikan berdasarkan perkembangan semasa dalam bola sepak tempatan.

Justeru, mana-mana pemain asing yang telah diiktiraf kewarganegaraannya oleh pihak berwajib dan memiliki kelayakan untuk mewakili pasukan negara, pemain tersebut juga boleh diiktiraf mewakili kelab atau pasukan dalam Liga Malaysia dengan status sebagai pemain tempatan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-20 pada 19 Februari 2020.

Dengan perkembangan ini, pemain naturalisasi terbaru yang berasal dari Kosovo iaitu Liridon Krasniqi bakal mengisi slot pemain tempatan untuk JDT bermula musim ini dan seterusnya pasukan itu akan mempunyai satu slot pemain import yang boleh diisi.

Sebelum ini, perkara berkenaan diikat dengan satu peraturan yang menyebut, pemain yang bukan berdarah kacukan perlu memegang kerakyatannya untuk tempoh selama lima tahun sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam pasukan itu.

Isu ini menjadi polemik dan mendapat kritikan keras daripada peminat bolasepak tanah air yang menyifatkan peraturan itu tidak relevan dan tidak membantu perkembangan bolasepak. Antara alasan pengkritik ialah, jika pemain itu dibenarkan mengisi slot pemain tempatan, skuad Pahang mampu menguatkan pasukan dengan pemain import lain.

Pada awal musim lepas, Pahang berusaha mendaftarkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan selepas pemain kelahiran Gambia itu mendapat kerakyatan Malaysia pada April 2018.

Sumareh menjadi pemain naturalisasi pertama Malaysia. Foto: FAM

Namun pada ketika itu, MFL memberi kelonggaran yang aneh apabila membenarkan Sumareh hanya dibenar untuk didaftarkan sebagai pemain temptaan pada Mac 2019, 3 bulan selepas Liga Malaysia 2019 berjalan.

Pahang berkeras untuk tetap mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan dan membuat rayuan terhadap MFL. Namun setelah meneliti permohonan Pahang yang menyatakan Sumareh telah bermastautin di Malaysia sejak berusia 12 tahun, MFL mengurangkan tempoh tersebut kepada satu tahun bermula daripada tarikh permohonan dikemukakan mereka, iaitu 2 Mac 2018.

Peraturan yang dilihat terlalu lama sehingga 5 tahun itu sama sekali tidak dapat membantu pasukan yang memiliki Sumareh.

Walaubagaimanapun pada 14 Januari 2019, rayuan PKNP diterima dan akhirnya Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan mewakili pasukan Pahang.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close