Mampukah Kedah merantai bekas pemain Arsenal ini?

Malam ini Kedah bakal turun menentang pasukan dari Korea, FC Seoul di Stadium Piala Dunia Korea Sealatan bagi perlawanan play-off terakhir pusingan kelayakan ke AFC Champions League 2020.

Pasukan ibu kota Korea ini musim lalu menduduki tangga ketiga liga dan skuad kendalian Choi Yong-soo ini bakal menurunkan barisan serangan yang diketuai bekas pemain Arsenal, Park Chu-young.

Selain Arsenal, Chu-young juga pernah bermain untuk beberapa kelab di eropah seperti Mocano, Celta Vigo dan Watford.

Pada musim lalu, penyerang veteran ini telah bermain sebanyak 36 peralawanan dan menjaringkan 12 gol dalam kesemua pertandingan, akan tetapi pasukannya tidak layak bertanding di ACL.

Chu-young bakal berganding dengan penyerang Serbia yang dipinjam dari Al-Ittihad, Aleksandar Pesic yang telah menjaringkan 11 gol musim lalu dalam 26 perlawanan.

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin sebelum ini telah menasihati pemainnya supaya memberi perhatian kepada Chu-young yang dianggap sebagai kunci pasukan lawan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kedah juga terpaksa melupakan khidmat Kpah Sherman yang tidak dapat terbang bersama ke Korea atas masalah visa, dan pertahanan berpengalaman Khairul Helmi Johari yang turut terkandas di tanah air dek tunggakan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sepak mula perlawanan ini adalah jam 6 petang waktu Malaysia.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close