Liridon Krasniqi sah warganegara Malaysia!

Pemain tengah pasukan JDT, Liridon Krasniqi yang berasal dari Kosovo kini sah sebagai warganegara Malaysia, dan perkara ini telah disahkan oleh FAM dalam satu hantaran di Facebook badan tersebut.

Dengan pengesahan ini maka Liridon akan beraksi di Liga Malaysia sebagai pemain tempatan dan boleh menyarung jersi Harimau Malaya selepas proses naturalisasi ini mendapat kelulusan akhir daripada badan bola sepak dunia, FIFA.

FAM akan menghantar segala dokumen diperlukan untuk melengkapkan proses dokumentasi ini.

Menurut setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam, idea untuk menaturalisasikan pemain import telah bermula sejak 2018 oleh presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

“Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018,” tulis Stuart di laman Facebook FAM.

“Ia seterusnya mula digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat – jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac 2019,” tambahnya lagi.

Selesai Liridon. Guilherme de Paula next!

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close