Liga Perdana Inggeris batalkan tarikh akhir awal bagi jendela perpindahan musim panas

Sebelum ini, heboh diperkatakan mengenai tingkap perpindahan musim panas pemain di Liga Perdana Inggeris yang ditutup lebih awal berbanding liga-liga utama lain di Eropah. Kini, semua itu telah berlalu selepas majoriti kelab mengundi untuk membatalkan perkara berkenaan yang dianggap sebagai sebuah “sistem yang cacat”.

Sejak dua musim lalu, tingkap perpindahan telah ditutup sebelum bermulanya kempen Liga Perdana Inggeris, tetapi ia menjadi satu isu yang besar kerana liga-liga lain di Eropah gagal mengikutinya.

Selepas tarikh akhir tingkap perpindahan, kelab di dalam liga utama Inggeris akan berhenti mendapatkan pemain, hanya untuk pasukan di Bundesliga, Serie A, La Liga, Ligue 1 dan lain-lain masih lagi membuat tawaran untuk mendapatkan pemain mereka.

Tarikh akhir untuk tahun lepas adalah pada 8 Ogos 2019 tetapi pemain-pemain ternama seperti Henrikh Mkhitaryan, Alexis Sanchez dan Fernando Llorente semuanya berpindah ke Eropah pada minggu-minggu berikutnya. Sementara itu dalam perpindahan yang kurang berprofil tinggi, Ryan Kent dan Bobby Duncan meninggalkan Liverpool untuk ke Glasgow Rangers dan Fiorentina.

Perkara ini menjadi masalah apabila senarai pemain di dalam sesebuah skuad tidak dapat dimuktamadkan, dan pada mesyuarat pemegang saham pada hari Khamis lalu, majoriti kelab mengundi untuk kembali menggunakan sistem yang terdahulu. Oleh itu, penganjur Liga Perdana Inggeris telah mengesahkan bahawa tarikh akhir tingkap perpindahan pemain untuk permulaan musim 2020/21 adalah pada jam 5 petang pada 1 September 2020 (waktu tempatan).

Andy Robertson
LIVERPOOL, ENGLAND – Sabtu, 1 Februari 2020: Andy Robertson dari Liverpool semasa sesi memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool FC dan Southampton FC di Anfield. (Gambar oleh David Rawcliffe / Propaganda)

Berita ini pastinya akan melegakan pengurus Liverpool Jurgen Klopp, yang pada bulan Ogos mengkritik situasi berkenaan. Jurgen Klopp dipetik sebagai berkata:

“Saya tidak peduli bila ianya ditutup, yang saya pedulikan ialah ianya perlu ditutup pada masa yang sama”

“Itu yang paling penting, apabila mereka bercakap mengenai ‘ayuh kita selesaikan sebelum musim bermula’ ”

jelasnya lagi:

“Sekiranya perpindahan ditutup sebelum bermulanya musim, ianya adalah sesuatu yang baik kerana semua orang tahu mengenainya dan boleh membuat perancangan dengan skuad”

“Tetapi yang menjadi masalah ialah hanya England yang melaksakannya tetapi semua yang lain tidak, dan itu tidak masuk akal sama sekali”

“Sekiranya ada orang yang dapat menjelaskan kepada saya , Apa faedahnya untuk Liga Perdana Inggeris?”

“Kami di Liverpool tidak mempunyai masalah kerana kami biasanya memuktamadkan skuad lebih awal, tetapi bagaimana dengan pasukan lain yang mana pemain utama mereka masih ‘boleh dipancing’, dan apa saja boleh berlaku”

“Anda mahu mempunyai pasukan yang bukan sahaja berlatih bersama, tetapi pasukan yang boleh merancang dan fokus pada masa depan.”
“Itu tidak mungkin berlaku selagi tingkap perpindahan masih dibuka.”

LIVERPOOL, ENGLAND – Ahad, 10 November 2019: Pemilik bersama Liverpool dan Pengerusi NESV Tom Werner semasa perlawanan Liga Perdana FA antara Liverpool FC dan Manchester City FC di Anfield. (Gambar oleh David Rawcliffe / Propaganda)

Pemilik bersama Liverpool Tom Werner pula menjelaskan:

“Kami merasakan ia adalah keputusan yang terbaik bagi memastikan Liga Perdana Inggeris bergerak senada dan seirama dengan liga-liga lain.”

“Konsisten itu sememangnya sangat baik.”

Sumber : This Is Anfield

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close