Kenali lelaki yang membocorkan rahsia Manchester City sehingga digantung menyertai UCL

Seperti yang diketahui ramai, kelab Inggeris Manchester City digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana melanggar peraturan Financial Fair Play(FFP)

Bagi mereka yang tak tahu, FFP dalam bahasa Malaysia disebut Keadilan Kewangan. Maksud yang lebih mendalam adalah kelab di Eropah perlu berbelanja untuk membeli pemain, membayar gaji, dengan kata lain perbelanjaan keseluruhan kelab mengikut pendapatan tahunan.

Contoh mudahnya, keuntungan kelab A adalah RM10 juta pada tahun 2019, maka untuk tahun 2020 kelab A perlu berbelanja sekitar itu sahaja.

Itu contoh mudah. Kalau lebih mendalam, adalah syarat-syarat dia seperti hutang kelab, lebihan belanja dan lain-lain lagi.

Dipendekkan cerita, Manchester City telah melanggar peraturan ini. Jadi macam mana UEFA dapat tahu?

Ini semua kerana seorang lelaki bernama Rui Pinto yang juga seorang hacker di Football Leaks.

Kenapa City digantung?

Sebelum bercerita tengan Pinto, ada baiknya jika kita ambil tahu serba sedikit kenapa City digantung UEFA.

Mereka didapati bersalah menipu dalam mengisytihar nilai penjaan tahunan mereka di mana mereka menaikkan nilai tajaan jauh daripada nilai sebenar.

Sheikh Mansour, pemilik City. pic/Al bawaba

Pemilik City, Sheikh Mansour bin Zayed Al-Nahyan, dikatakan telah mengeluarkan wang poketnya sendiri sebanyak £67.5 juta setahun untuk menaja di jersi City, stadium dan akademi. Dalam dokumen yang dihantar kepada UEFA, jumlah tersebut diisytiharkan datang daripada syarikat penerbangan milik Mansour, Ettihad.

Dalam satu emel yang bocor, jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh Ettihad adalah £8 juta sahaja dan selebihnya datang daripada Mansour sendiri melalui syarikat Abu Dhabi United Group.

Modus Operandi

Cara kerja Pinto ‘senang’ sahaja. Dia hack emel-emel kelab, lalu disampaikan kepada media dan akhirnya mengundang kepada penyiasatan kepada akaun kewangan City.

Bunyi macam senang, tapi tak senang. Ini kerana nak hack emel bukan senang dan memerlukan kecekapan komputer yang tinggi.

Selepas berjaya membocorkan rahsia CIty, Pinto diangkat sebagai wira di kalangan para peminat bola sepak akan tetapi dia didakwa di mahkamah atas tuduhan menggodam, sabotaj dan ,penipuan yang berjumlah 90 kes kesemuanya.

Malang buat Pinto di mana dia dinafikan hak untuk melakukan rayuan pada hari Khamis lalu dan telah ditahan di lokap sejak bulan Mac 2019 tatkala menunggu keputusan daripada Mahkamah Rayuan Lisbon.

Selepas berita penggantungan Manchester City oleh UEFA tersebar, nama Pinto menjadi trending di internet dan tanda pagar #freePinto (#BebaskanPinto) digunakan dengan meluas.

Sejarah Football Leaks

Football Leaks diasaskan pada tahun 2015, dan telah melakukan banyak perkara baik berbanding buruk. Sekumpulan penggodam ini telah mendedahkan kesemuanya sekali daripada penipuan cukai sehinggalah kelab-kelab yang melanggar FFP.

Pinto yang bekerja dengan menggunakan nama John, dikatakan menyimpan 70 juta dokumen dan 3.4 terabytes maklumat termasuk emel persendirian.

Maklumat-maklumat ini kemudiannya didedahkan melalui laman sesawang, media sosial dan juga dikongsi bersama wartawan-wartawan dan majalah sukan sehinggalah kes dipandang serius oleh UEFA.

Pinto dalam tahanan

Baru-baru ini, suratkhabar Jerman, Del Spiegel. ada menemuramah  Pinto dan bertanya tentang risiko kerjanya ini.

“Saya sedar bahawa apa sahaja boleh berlaku. Saya juga tahu bahawa pihak berkuasa Portugal akan menghukum pemberi maklumat.

“Jadi saya kena bersedia untuk itu(dihukum).

Pinto ditahan. pic/daily mail

“Pihak berkuasa Portugal juga takut dengan apa yang saya tahu, Jadi penting untuk saya kekal bertenang,” kata Pinto panjang lebar.

Dalam tahanan, Pinto ada menulis nota peribadi namun dirampas oleh pihak berkuasa.

“Pada mulanya saya menulis nota berkaitan dengan kes saya dalam buku nota, tetapi ia diambil daripada saya.

“Peguam saya ada ketika pencarian dilakukan di sel penjara saya dan mengatakan bahawa tak sah di sisi undang-undang kalau nota tersebut diambil daripada saya.

“Bukan pengawal penjara sangat pun sebenarnya, tapi pendakwa Portugal.

“Mereka buat apa yang mereka suka. Sebulan juga lah mereka simpan buku nota tersebut daripada saya.”

Meskipun ditahan atas pertuduhan jenayah, ramai peminat bola sepak tetap menganggap bahawa Pinto adalah wira.

Apa akan berlaku sekiranya FFP sebenar digunapakai di Malaysia?

Ya, memang MFL ada memperkenalkan ECP – Program Kawalan Ekonomi, yang dikatakan menjadi punca kenapa liga Malaysia tahun ini lambat dimulakan. (tiberr).

Akan tetapi, sukar bagi orang awam untuk mendapatkan info terperinci mengenai ECP ini, jadi kita teorikan andai FFP seperti di Eropah digunapakai di Malaysia.

Bola di Malaysia sememangnya diketahui sebagai lubuk hangus duit dan selalunya duit ini datang daripada kontraktor atau pemaju yang berhubung rapat dengan orang politik dan juga golongan istana.

Apakah pulangan daripada pasukan bola sepak yang ditaja ini? Tak tahu.

Kenapa tak tahu? Tidak ada satu pun pasukan yang mengisytiharkan kadar untung/rugi mereka kepada umum, termasuklah pasukan yang dikatakan bernilai RM600 juta.

Jadi, kalau FFP digunapakai, maka boleh dikatakan semua pasukan bola sepak di Liga Malaysia digantung kerana banyak duit keluar berbanding duit masuk.

Kalau semua digantung peminat nak buat apa? Main telur jela gamaknya.

Sumber: Daily Mail, Guardian.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close