Kelantan United FC tak mahu tunggu lama, sasar Liga Super 2021

Kelantan United FC tak mahu tunggu lama, sasar Liga Super 2021

Pendatang baru, Kelantan United FC tidak mahu terlalu lama berada dalam saingan Liga Perdana sebaliknya mahu memastikan slot ke Liga Super 2021 menjadi milik mereka.

Itu sasaran tinggi diletakkan Kelantan United FC sekalipun ia merupakan penampilan mereka dalam kancah Liga Perdana musim ini.

Malah Presiden Kelantan United FC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menegaskan kelab itu bertekad menamatkan saingan dalam kedudukan lima teratas, musim ini.

“Kita pasukan yang sangat sederhana namun mempunyai semangat yang tinggi, nothing to lose kerana kita ni pasukan baru.

“Saya letak sasaran awal dalam masa tiga tahun kita mahu ke Liga Super, musim ini dah masuk Liga Perdana, ada dua tahun lagi tapi kenapa perlu tunggu (tempoh itu untuk layak ke Liga Super),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis memperkenalkan KUFC, pelancaran bas pasukan, jersi serta kelab penyokong itu yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam.

KUFC layak secara automatik ke Liga Premier selepas muncul juara edisi sulung liga amatur M3 yang diperkenalkan pada musim lalu.

Barisan pemain dan pegawai Kelantan United FC diperkenalkan pada majlis yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam. Foto kredit Bernama

Skuad yang mendapat jolokan The Green Warriors itu akan membuka tirai aksi sulung bertemu Perak II di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 1 Mac ini.

Beliau turut yakin Kelantan United FC yang mendapat sentuhan jurulatih tidak asing lagi, Zahasmi Ismail mampu melontarkan cabaran ke atas pasukan lain dalam kempen Liga Perdana.

Menurutnya, Kelantan United FC menampilkan 70 peratus muka lama dan hanya membawa masuk beberapa pemain baru sahaja pada musim ini.

“Kita masih lagi menyusun pasukan, sangat berbeza dan kita menekankan aspek kekuatan dan kemampuan lebih tinggi berbanding musim lalu.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close