Kelantan tarik nafas lega, hutang dah selesai

Kegusaran KAFA berkenaan dengan risiko pemotongan mata berakhir apabila jalan penyelesaian tunggakan menemui titik noktah.

Menurut laporan Harian Metro, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Husin Deraman mengesahkan mereka sudahpun melunaskan tunggakan gaji hampir RM3 juta secara keseluruhan seperti yang dituntut sekali gus berharap tidak dikenakan sebarang pemotongan mata.

“Ada tuntutan yang diselesaikan secara keseluruhan dan ada yang bersetuju dengan pembayaran berjadual. Tetapi apa yang boleh saya sahkan, Kafa sudah selesaikan semuanya kelmarin (Rabu).

“Penyelesaian adalah membabitkan kes yang dilaporkan ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sudah tentu kami lega kerana berjaya selesaikan ini dan kami mengharapkan dapat membuka musim baharu dengan positif.

Sebelum ini, tiga pasukan iaitu Melaka, PDRM dan Kelantan berdepan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana sekiranya gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing pada 31 Januari iaitu semalam.

FAM memberikan tempoh masa kira-kira dua minggu bagi melangsaikan hutang berkenaan atau mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai terbabit.

Kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan mereka dipotong tiga mata serta-merta dan jika mereka sekali lagi tidak dapat menyelesaikan isu terbabit pada tarikh akhir kedua iaitu pada 28 Februari, enam lagi mata akan dipotong.

Pengurusan KAFA yang baru dibentuk sejak tahun lepas berada dalam situasi sukar apabila berdepan dengan sejumlah tuntutan daripada bekas pemain tempatan dan import malah bekas jurulatih juga membuat tuntutan yang sama dan mengadukan masalah ini kepada pihak FIFA. Pada musim lepas Kelantan dipotong tiga mata melibatkan kes seorang bekas jurulatih.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close