Kelantan mahu ke Liga Super 2021, sah ikat empat import baru

Kelantan mahu ke Liga Super 2021, sah ikat empat import baru

Kelantan meletakkan sasaran mahu kembali beraksi di pentas liga tertinggi, Liga Super musim 2021.

Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, untuk mencapai sasaran itu, pasukan mesti menamatkan saingan dalam kelompok tiga teratas.

“Kalau ikut perbincangan saya bersama Presiden (Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah) dalam liga (Liga Premier) kita sasar tiga teratas.

“Kita juga target satu piala sama ada Piala FA atau Piala Malaysia tetapi matlamat utama Kelantan mahu ke Liga Super musim depan,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Dan Memperkenalkan Pemain TRW 2020 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.

Wan Rakemi yang juga pengurus pasukan optimis misi tersebut mampu direalisasikan selepas TRW Sdn Bhd turut berjaya membawa pulang tiga pemain senior iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Nazrin Mohd Nawi dan Mohd Faridzuean Kamaruddin kembali ke pangkuan Kelantan.

Menurutnya, musim ini Kelantan mempertaruhkan empat pemain import baharu bagi memperkuatkan skuad kendalian Yusri Che Lah.

Barisan pemain dan pegawai TRW diperkenalkan kepada penyokong pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Kelantan 2020 di Kota Bharu, petang tadi.

Mereka terdiri daripada penyerang Liberia dan Nigeria, Christopher Jackson serta Felix Chidi Odili, Kang Seung-jo (Korea Selatan) dan Masaki Watanabe (Jepun) yang beraksi bersama Felda United musim lalu.

Christopher Jackson menepuk tangan ketika namanya diumumkan pada majlis tersebut.

“Kang (Seung-jo), Odili dan Watanabe telah mengikat kontrak selama setahun bersama Kelantan manakala Jackson menandatangani kontrak dua tahun.

Pemain tengah dari Korea Selatan, Kang Seung-jo menyatakan sesuatu ketika memperkenalkan diri pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Kelantan di Kota Bharu, petang tadi. 

“Dia adalah mesin gol TRW, mengingatkan kita kepada Dickson Nwakaeme (bekas pemain import Kelantan). Dia merupakan aset penting TRW dan menjadi bintang utama di Malaysia,” ujarnya.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close