Kelantan Mahu Julang Piala FA 2020

KOTA BHARU – Team Red Warriors (TRW) tekad memburu kejuaraan Shopee Piala FA 2020 sebagai pembakar semangat dalam usaha membina semula kebangkitan pasukan.

Pengurus TRW Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, sasaran itu tidak mustahil untuk digapai sekiranya barisan pemain memberikan persembahan terbaik dalam setiap kali beraksi.

“Tidak salah untuk TRW menanam cita-cita menjulang kejuaraan Piala FA sebab kita pernah melakukannya sebelum ini.

“Bagi saya ia lebih kepada cabaran yang dilontar kepada pemain dan bukannya tekanan. Hal ini kerana saya yakin dengan kemampuan barisan pemain Kelantan musim ini,” katanya.

Kelantan membuka tirai saingan Shopee Piala FA 2020 menentang Protap FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada 17 Mac ini.

Wan Rakemi memberitahu, beliau optimis gabungan pemain muda dan import berkualiti serta ramuan dari Yusri Che Lah selaku ketua jurulatih misi tersebut mampu direalisasikan.

Katanya, Kelantan semakin menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan pra musim 2020 yang diharungi sebelum ini.

2012, Kelantan melakar kejayaan bersejarah dalam aksi Piala FA apabila menjulang kejuaraan itu buat kali pertama sejak diperkenalkan pada tahun 1990.

Tahun berikutnya, berapa pada kelasnya yang tersendiri apabila berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA.- KELANTAN FA

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close