Kelab Jepun mahu Kawin

Penajaga gol kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan dikatakan kini sedang dirisik oleh kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo bagi menguatkan cabaran pasukan mereka musim ini.

Kawin yang kini bermain bersama kelab Belgium, OH Leuven, menarik minat Hokkaido yang kehilangan dua penjaga gol – Shunta Awaka yang cedera serius dan juga Gu Sung-Yun yang perlu pulang ke Korea Selatan untuk latihan khidmat negara selama 2 tahun.

Penjaga gol Thailand tersebut berketinggian 1.83m dan mempunyai badan yang sasa dilihat sebagai calon terbaik untuk menjaga gawang Hokkaido di J1 League yang juga antara liga yang paling kompetitif di Asia.

Bagaimanapun, Hokkaido mungkin terpaksa membayar OH Leuven pada harga yang tinggi kerana baki kontrak Kawin bersama kelab tersebut masih panjang dah hanya akan tamat pada penghujung musim 2022.

Sebelum berkelana ke Belgium, Kawin bermain untuk kelab Thailand, Muangthong United di mana dia berjaya muncu sebagai penjaga gol utama pada usia 18 tahun.

Ketika Bryan Robson menjadi jurulatih Thailand, dia telah mencadangkan Kawin untuk diuji gergasi England, Manchester United, akan tetapi malang buat Kawin apabila pergelangan tangannya patah tidak lama sebelum tarikh ujian, lantas menutup pintunya untuk ke England.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close