Kelab Jepun intai pertahanan tengah Malaysia

Agensi ejen pemain bola sepak dilaporkan sedang mencari pemain pertahanan tengah dari Malaysia untuk diuji sebuah kelab yang bermain di Liga Jepun.

Menerusi laporan berita dari VocketFC, agensi yang dikenali sebagai GOAL Sports agency itu telah memuat naik kriteria yang ditetapkan, iaitu;

Memandangkan tak ramai yang faham bahasa Jepun, jadi admin akan terangkan apa maksudnya. Admin dulu kerja di syarikat Jepun. Saja nak beritahu supaya orang kagum dengan admin.

  1. Lahir pada tahun 2000 atau 2001.
  2. Posisi : Pertahanan tengah
  3. Braksi dalam liga Malaysia
  4. Memiliki cv dalam bentuk video atau maklumat dalam Transfermarkt
  5. Boleh menyertai sesi ujian.

Sekarang ini agensi tersebut sedang berada di Malaysia untuk meninjau bakat-bakat yang ada di negara ini.

SejakJ-League  memperkenalkan kuota import dari Asia Tenggara, banyak kelab Jepun mencari pemain dari rantau ini dan setakat ini mereka banyak memilih pemain dari Thailand.

Antara bintang Thailand yang bersinar di liga negara matahari terbit adalah Chanatip Songkrasin dan juga Teerasil Dangda, masing-masing bermain untuk Consodale Sapporo dan Shimizu S-Pulse.

Tapi pemain Malaysia nak ke pergi main di J2? Gaji tak besar liga sana. Nasi lemak pun susah nak dapat. Apatah lagi tea boba.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close