Kedah lancar jersi musim 2020

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkenalkan dua kit jersi baharu skuad Kedah iaitu jersi tuan rumah atau ‘home’ dengan warna hijau kuning dan jersi di tempat lawan atau ‘away’ berwarna merah untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris berkata, pihaknya teruja apabila majlis itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penyokong Helang Merah.

Jersi home Kedah.

“Sebelum ini kita melancarkan jersi ketiga memang habis dalam masa yang singkat sebab coraknya yang berwarna serta lain daripada yang lain.

“Jadi, kita harap jersi home dan away ini juga mendapat sambutan sama, apatah lagi sokongan terhadap skuad Lang Merah dilihat meningkat dengan drastik sekali musim ini.

“Sokongan itu bukan sahaja mendorong pengurusan tetapi pemain dan jurulatih untuk memburu lebih banyak kejayaan musim ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd, Norita Md Noor berkata corak yang terdapat pada jersi merah Kedah melambangkan kepak kepada helang merah yang mana ia melambangkan semangat yang ada pada pasukan Kedah.

“Corak struktur pada jersi home pula melambangkan kejayaan di mana kita mahu menuju kejayaan dan jersi ketiga yang sudah diperkenalkan sebelum ini lebih kepada corak yang istimewa atau ‘fancy’,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sdn Bhd, Vach Pillutla pula berkata, pihaknya memperuntukkan belanja besar untuk membina jenama jersi pasukan Kedah.

“Kami mempromosi jersi ini di media sosial, pengiklanan luaran dan melalui cawangan kami di seluruh negara dengan lebih berkesan kepada peminat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close