KAFA perinci ke mana hasil kutipan tiket perlawanan persahabatan

KOTA BHARU 11 FEB 2020 – Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd yang mengendalikan pasukan Kelantan memerlukan jumlah kehadiran tinggi penyokong ke stadium bagi meringankan bebanan hutang lapuk yang terpaksa ditangung oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Bebanan hutang lapuk itu ‘memaksa’ TRW Sdn. Bhd
mengadakan aksi persahabatan dengan lebih kerap sebagai alternatif terbaik dalam mengukuhkan kantung kewangan pasukan menerusi hasil jualan tiket.

Selain itu, aksi persahabatan tersebut turut penting buat barisan kejurulatihan dalam membentuk keserasian pasukan bagi menghadapi saingan Liga Primier musim ini.

Justeru, Pengarah Urusan TRW Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, pihaknya amat berharap ‘pemain ke-12’ dapat memberikan sokongan padu setiap kali Kelantan beraksi.

Menurutnya, ‘pemain ke-12’ adalah pendukung kegemilangan bola sepak di negeri ini menerusi sokongan padu yang dizahirkan setiap kali Kelantan beraksi.

“Jadi kami amat berharap agar penyokong datanglah beramai-ramai ke stadium dan belilah jersi pasukan bagi membantu TRW.

“Anda (penyokong) adalah sumber kekuatan semangat barisan pemain yang memacu perjuangan TRW dan hadirlah ke stadium untuk menyokong sambil membantu,” katanya.

Wan Rakemi tanpa berselindung mengakui siaran langsung melalui laman sosial facebook melihat aksi persahabatan Kelantan baru-baru ini memberikan kesan kepada hasil kutipan tiket.

Katanya, hasil kutipan tiket merupakan salah satu alternatif terbaik dalam mengisi kantung kewangan selain tajaan dan jualan jersi dan mencerdise pasukan.

“Bila kantung kewangan kukuh, saya yakin dan percaya prestasi pasukan juga akan bergerak secara beriringan.

“Bantulah TRW untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kelantan,” ujarnya.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close