Jersi Vissel Kobe dijual pada harga lebih RM1000 sehelai

Penjualan jersi adalah salah satu cara untuk pasukan-pasukan menjana pendapatan sekaligus membantu memperkuatkan kewangan pasukan, selain daripada jualan tiket di stadium, sumbangan penaja, kontraktor yang rapat dengan ahli politik atau golongan istana, dan banyak lagi.

Jualan jersi biasanya akan meletup di awal musim di mana pasukan melancarkan jersi terbaharu masing-masing.

Andres Iniesta, pemain bintang Vissel Kobe. Pic/vocketfc

Dari segi jenis jersi dijual pula biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu replika dan versi pemain(player issue).

Kebiasaannya, jersi replika dijual pada harga yang lebih murah berbanding yang lagi satu.

Contohnya kalau replika kelab Liga Inggeris, harganya sekitar RM200-300, manakala untuk pasukan liga Malaysia pula sekitar RM50-70.

Kalau jersi versi pemain pula, harga jersi pasukan Liga Malaysia ada yang mencecah harga RM120 ke RM150.

Akan tetapi, apa yang mengejutkan adalah jualan jersi kelab Jepun, Vissel Kobe, yang mencecah empat angka duit Malaysia!

Bagi jersi versi pemain, harganya mencecah ¥35,000 atau bersamaan RM1323!

Pada harga ini, pembeli mempunyai pilihan sama ada untuk meletakkan nombor dan nama pemain di belakang jersi atau tidak.

Manakala bagi versi replika, harganya pula ¥20,000 bersamaan RM723. Seperi versi pemain, pembeli mempunyai pilihan untuk meletakkan nombor dan nama atau tidak.

Tidak dapat dipastikan berapa helai Vissel Kobe berjaya menjual jersi mereka setakat ini.

Akan tetapi, kalau dilihat kepada jumlah penyokong di stadium yang memakai jersi pasukan ini, jumlah yang terjual pasti sudah berpuluh ribu helai.

Kalau jersi di Malaysia dijual pada harga ni, ada yang beli tak?

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close