Jersi pasukan-pasukan di Liga Perdana 2020

Musim bola sepak akan bermula pada hujung minggu ini dan kebanyakan pasukan telah memperkenalkan jersi pasukan masing-masing.

Pelbagai rekaan dan bentuk dapat dilihat pada jersi skuad masing-masing.

Ada yang mengenakan gaya yang ringkas seperti Kelantan, dan ada juga yang penuh rekaan.

Berikut adalah senarai penuh jersi pasukan Liga Perdana 2020.

Kelantan

Jersi Kelantan pada tahun ini agak ringkas dengan penggunaan satu warna sahaja. Sekali imbas ada mirip Liverpool. Semoga Kelantan pun jadi power macam Liverpool lah.

Kelantan United

Sama seperti Kelantan, Kelantan United juga mengenakan warna merah di hampir keseluruhan jersi, dengan sedikit tambahan warna hijau di lengan.

Corak latar belakang jersi sangat menarik dan unik. Warna hijau tu mungkin selingan politik kot.

Kuala Lumpur

Berbanding tahun lalu, pasukan ibukota pada tahun ini tidak meletakkan warna putih sebagai jalur. Ringkas juga jersi Kuala Lumpur ini.

Kuching FA

Pendatang baru Liga Perdana ini mengekalkan warna tema pasukan mereka seperti tahun lalu, cuma warna putih menjadi warna dominan pada tahun ini.

Sekali imbas, ada rekaan ala-ala Juventus juga jersi Kuching ni.

Negeri Sembilan

Tampil dengan warna tradisi kuning dan diselit jalur hitam, jersi Negeri Sembilan ini boleh dikatakan antara rekaan jersi terbaik mereka.

Persoalannya, jersi dah cantik ni bekas gergasi bola sepak Malaysia ini bangkit ke Liga Super?

Sarawak United

Jersi home pasukan yang menggantikan Selangor United ini agak mirip dengan jersi pasukan Sarawak tahun-tahun sebelum ini.

Tetapi, jersi ketiga mereka yang berwarna hitam sangat menarik. Ada corak tribal di situ.

Pulau Pinang

Skaud Pulau Mutiara masih mengekalkan warna biru sebagai jersi home dan kuning sebagai jersi away, cuma biru tahun ni lebih gelap berbanding tahun lalu.

Adakah gelapnya biru bermaksud musim yang gelap buat pasukan ini? Kita tunggu ja nah.

Jersi pasukan feeder

Berikut adalah jersi bagi pasukan feeder iaitu JDT II, Perak II, Selangor II dan TFC II.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close