Jangan takir Yusri!

 

ADALAH suatu kesilapan untuk menganggap Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tidak ada perancangan taktikal ketika pasukannya turun menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Begitu juga tidak adil untuk keputusan beliau menurunkan barisan pemain simpanan bersama tiga pemain import ujian diselar tanpa membuat pemerhatian mendalam kerana Yusri pasti mempunyai alasan kukuh berkenaan perkara itu.

Seperti yang telah beliau nyatakan, perkara yang perlu diberi kepentingan ketika sepak mula Liga Premier semakin menghampiri adalah aspek kecergasan dan kesihatan barisan pemainnya.

Sudah tentu tiada pengendali pasukan yang mahu menurunkan skuad pincang pada perlawanan pembuka tirai liga dan seandainya boleh, mereka pasti mahu barisan pemain utama kekal sihat dan cergas sepanjang musim walaupun tidak mungkin ia dapat direalisasikan.

Perlawanan menentang PDRM sebenarnya menjadi medan ujian bagi pemain simpanan juga peluang kepada mereka untuk mendapat lebih minit perlawanan dan ia merupakan perkara yang agak penting untuk persediaan penggiliran pemain.

Sebagai pengendali, Yusri pastinya mahu memastikan bukan hanya pemain utama, malah pemain simpanannya cukup cergas dan sentiasa bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.

Jadi keputusan beliau menurunkan barisan simpanan tempohari ada asas yang cukup kukuh, iaitu memastikan pemain kekal cergas dan membentuk keserasian, kecergasaan serta kesiagan bangku simpanan.

Mana-mana pasukan yang bagus pastinya mempunyai barisan pemain utama dan simpanan yang kuat dan mungkin inilah matlamat Yusri dalam usahanya untuk mengukuhkan TRW 2020 supaya menjadi antara pencabar utama dalan Liga Premier Malaysia.

Dengan menurunkan barisan pemain simpanan dalam perlawanan persahabatan, Yusri dapat menilai sekali gus membentuk aspek kecergasan dibangku simpanannya.

Satu keputusan yang mungkin kurang popular serta kurang digemari oleh sesetengah penyokong tetapi agak penting dan mungkin dapat memberi manfaat kepada pasukan di kemudian hari.

Sumber: official KelantanFA

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close