Highlight Liga Super: Pahang 1-2 Selangor

Pasukan Selangor memulakan kempen Liga Super 2020 dengan langkah kanan selepas berjaya mengutip 3 mata di tempat lawan, menewaskan Pahang 2-1.

Kalau nak ikutkan, Pahang dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi serangan bertali arus yang dikepalai oleh Dickson Nwakaeme. Namun malang buat Pahang apabila mereka gagal menemukan jaringan akibat ketumpulan barisan serangan.

Walaubagaimanapun, tuan rumah berjaya membuka jaringan pada minit ke-20. Gopinathan yang lincah menerima bola di bahagian sayap kiri, memperdaya pertahahan Selangor sebelum menolak bola ke kotak penalti.

Ivan Carlos yang meluru laju ke arah bola dengan tenang menjaringkan gol dalam debut Liga Supernya,

Pun begitu, kegembiraan Pahang tidak kekal lama apabila Olusegun Ifedayo tenang mengawal bola hasil dariapada hantaran pintar Brendan Gan.

Gan terlebih dahulu flick bola kepada Ifedayo, lantas mengelirukan pihak lawan. Ifedayo kemudian mendada bola sebelum menolak mudah bola menewaskan penjaga gol Pahang.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Brendan Gan berjaya mencuri 3 mata buat Red Giants menerusi satu rembatan kencang dari permukaan kotak penalti, sekaligus memberi 3 mata buat Selangor.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close