Highlight Liga Perdana 2020: Kelantan 1-1 Kuala Lumpur

Pasukan bekas gergasi bola sepak Malaysia, Kelantan, terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan pasukan ibu kota, Kuala Lumpur selepas seri 1-1 di Kota Bharu semalam.

Kelantan terlebih dahulu mendahului lawan menerusi penalti daripada pemain yang baru dibawa masuk, Lazarus Kaimbi, pada minit ke-47.

Selepas gol tersebut, Kelantan terus menlancarkan serangan bertali arus namun digagalkan oleh ketumpulan barisan serangan.

Kealpaan Kelantan membawa padah apabila Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi Kone yang menanduk bola tanpa dikawal di depan pintu gol Kelantan, di hujung-hujung permainan, sekaligus meranapkan impian penyokong tuan rumah untuk melihat pasukan mereka membuka musim 2020 dengan 3 mata.

Selepas ini Kelantan akan bertemu UKM di tempat lawan, manakala Kuala Lumpur bakal melayan kunjungan pasukan Negeri Sembilan di laman sendiri.

Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada 6 Mac 2020.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close