Ghaddar puji Liga Malaysia, jauh lebih baik daripada liga negara asalnya

Nama Muhammad Ghaddar tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena bola sepak Malaysia. Pemain ini mula diperkenalkan di Malaysia bersama pasukan treble Kelantan pada tahun 2012.

Kelincahannya di atas padang, digabungkan dengan ketajaman dan ketamakan di depan gol menjadikan penyerang Lubnan ini menjadi igauan buruk buat para pertahanan dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam satu temuramah seperti yang direkodkan dalam laman web Lubnan FA, Ghaddar memuji bola sepak Malaysia dan bercerita bagaimana dia menyesuaikan diri dengan budaya bola sepak Malaysia.

“Ramai pemain yang bagus datang ke Malaysia tetapi tidak dapat kekal lama kerana mereka tidak tidak tahan dengan keadaan atau sistem bola di sini.

“Secara peribadinya, saya pun ada berhadapan dengan kesukaran waktu awal-awal saya bersama Kelantan dulu.

“Tapi akhirnya saya dipilih sebagai pemain terbaik musim itu selepas membantu rakan sepasukan memenangi kejuaraan berganda domestik (sebenarnya dia menang trebel. Mungkin dia lupa. Maafkanlah dia).

“Prestasi saya pada musim tersebut meyakinkan saya untuk kekal selama 7 tahun di Malaysia,” ulas Ghaddar panjang lebar.

Ghaddar juga turut berpuas hati dengan masanya yang dihabiskan di sini.

“Saya sangat puas hati dengan masa saya di Malaysia. Memenangi 7 piala domestik dan dipililh pemain terbaik tahunan dua kali di negara orang adalah suatu benda yang boleh dibanggakan.”

Musim lalu adalah musim yang amat sukar buat Ghaddar kerana mengalami kecederaan teruk pada usia 34 tahun.

“Selepas mengalami kecederaan ACL dalam musim terakhir saya bersama Kelantan (2018), saya sertai Johor II, menang Piala Cabaran dan menamatkan musim tersebut sebagai penjaring kedua terbanyak dalam liga. Memang sangat bermakna buat saya.”

Ketika ditanya tentang Liga Malaysia, Ghaddar banyak memberikan pujian.

“Liga Super Malaysia adalah satu pertandingan yang bagus dan masih lagi sedang dalam pemibikinan. Kelab-kelab mempunyai kemudahan yang hebat, ditambah pula dengan mentaliti yang professional, dan sebab tu lah sekarang ni mereka bermain dalam AFC Champions League.”

Pada masa yang sama, Ghaddar turut membandingkan bola Malaysia dengan Lubnan.

“Bola di Lubnan tak akan berubah kalau mentaliti tidak berubah. Kita tak ada stadium atau media yang bagus.

“Bola Lubnan tak mampu nak tarik peminat turun ke stadium. Lagipun kita tak ada asa yang kukuh, teguh untuk terus mara.

“Liga professional bukan setakat bagi kontrak kepada 3-4 pemain dalam satu kelab. Kita tak akan jadi professional walau dalam sejuta tahun pun.

“Mentaliti semua orang kena berubah sama ada persatuan, kelab malah pemain juga. Markah kita masih di bawah 0 ketika ini.

“Kita ada pemain Lubnan yang berbakat dan mereka mungkin akan bersinar jika bermain di liga luar. Tetapi sebagai pemain berpasukan, orang Malaysia akan lebih di hadapan.

“Secara umumnya bola di Asia Timur maju dengan cepat manakala ita masih lagi gembira kalau seri dengan Korea Selatan.”

Pandangan Ghaddar tentang liga tempatan Lubnan.

“Benda ni saling berkait. Anda tak akan ada media yang bagus tanpa liga yang bagus, dan anda tak akan dapat liga yang bagus tanpa stadium yang bagus, dan begitulah seterusnya.

“Persatuan yang lemah macam kita ni patut dah letak jawatan lama dah dan biar orang yang layak untuk ambil alih.

“Di Malaysia contohnya, setiap pasukan ada stadium sendiri dan 2 atau 3 pusat latihan masing-masing.

“Di Lubnan kelab seperti Nejmeh kemain sembang bahawa mereka mempunyai penyokong paling ramai tetapi akhirnya, pemain kena basuh baju sendiri selepas perlawanan.”

Ketika ditanya apakah perancangan seterusnya, Ghaddar berminat untuk tinggal di Malaysia.

“Saya ingat nak tinggal di Malaysia dan guna pengaruh saya yang ada di sana. Tapi pada masa yang sama saya taknak habiskan masa yang lama jauh daripada keluarga dan saya taknak anak-anak saya membesar dalam suasana lain.”

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close