German bekas pemain Selangor sertai PDRM

Antonio German yang pernah mendakwa dilontarkan kata-kata bersifat perkauman semasa mewakili Selangor musim lepas diberitakan bakal kembali ke Liga Super untuk mewakili PDRM musim ini.

Seperti yang dilaporkan oleh NST semalam, Jurulatih PDRM, Ishak Kunju mengesahkan German sedang berlatih dengan pasukan PDRM dan bakal menandatangani kontrak tak lama lagi.

German sempat beraksi bersama Selangor selama hanya sebulan. Pic: Bernama

Bekas pemain Queens Park Rangers itu memberitahu BBC pada tahun lepas beliau meninggalkan Selangor kerana dikatakan “terlalu hitam” oleh penyokong untuk menjadi pemain pasukan itu.

Penyerang Grenada itu meninggalkan Selangor selepas sebulan bermain bermula Januari 2019 dan sempat menjaringkan 3 gol.

Selepas disorak semasa perlawanan, beliau juga mendapat mesej rasis di Instagram peribadi.

Pengurusan Selangor mengakui berlaku serangan rasis berkenaan dan telah memyekat komen rasis di platform media mereka.

Isu berkenaan pernah menjadi hangat dan dilaporkan di media.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2019/09/18/international-footballer-says-left-selangor-club-due-to-racism/

Sejak dari itu, German yang pernah berganding dengan Raheem Sterling di kelab belia QPR tidak bermain dengan mana-mana kelab.

“German dalam radar kami dan ada juga pemain dari Korea Selatan dan Turkmenistan.” Tambah Ishak lagi.

German berusia 27 tahun dan menjaringkan gol pertama semasa PDRM menang 5-0 ke atas Sarawak United.

German bakal mendapat gaji sebanyak US$2,500 atau RM10,304 sebulan untuk musim ini.

Beliau juga dilaporkan sedang giat mengembalikan kecergasan sebelum liga bermula 28 Februari nanti.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close