Filipina naik ke tangga ke-6 ranking MA AFC mengatasi Australia, Malaysia kekal di nombor 10

Ranking MA AFC pasukan negara yang sukan rukinya adalah bola keranjang, Filipina, telah meningkat ke kedudukan ke-6 bagi pasukan Asia Timur, atau tangga ke-14 keseluruhan Asia, mengatasi pasukan regular Piala Dunia, Australia, di tangga ke-15.

Sumbangan utama kenaikan ranking ini adalah prestasi cemerlang kelab Filipina dalam kempen Piala AFC setiap tahun.

Manakala pasukan yang sukan nombor 1 negaranya adalah bola sepak, Malaysia, sekadar berada di tangga ke-10 Asia Timur atau ke-20 keseluruhannya.

Bagi mereka yang belum faham mengenai ranking MA, ia adalah ranking yang dikira oleh AFC. Kiraan mata bagi ranking ini disumbangkan oleh 30% daripada keputusan dan prestasi pasukan kebangsaan dalam perlawanan gred A, dan baki 70% adalah sumbangan pasukan dalam liga di negara MA tersebut dalam kejohanan anjuran AFC.

Dalam konteks Malaysia, 30% mata disumbangkan oleh pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan gred A, dan juga prestasi dalam siri kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Andai pasukan Harimau Malaya mampu menewaskan pasukan yang berada di rangking FIFA yang lebih tinggi, maka pasukan kebangsaan akan mendapat mata yang lebih.

Manakala baki 70% adalah sumbangan pasukan dari Liga Malaysia dalam kejohanan AFC Champions League, JDT, dan juga pasukan Kedah dalam Piala AFC pada tahun ini.

Semakin jauh pasukan dari Malaysia mara, maka lagi banyak mata akan dikumpul oleh MA Malaysia, iaitu FAM.

Ranking MA lain di Asia

Jepun teus mengungguli ranking MA AFC sambil diikuti oleh Arab Saudi di tangga kedua. MA China jatuh satu tangga ke tangga ketiga dan boleh disimpulkan bahawa kemerosotan prestasi kelab CSL dalam kempen ACL menyumbang kepada kejatuhan ini.

Pasukan Thailand pula mendahului pasukan Asia Tenggara di tangga ke-7 keseluruhan, diikuti oleh Filipina, Vietnam dan Singapura mengikut turutan.

Malaysia masih setia mengikut punggung Singapura dan diikuti juara sorak dunia, Indonesia di tangga ke 23 keseluruhan.

Oleh itu, tindakan JDT yang sangat memandang tinggi ACL wajar dipuji peminat bola sepak tempatan kerana andai mereka berjaya, maka ranking MA Malaysia akan meningkat.

Faedah ranking tinggi MA adalah antaranya kelebihan dalam undian ketika pusingan kelayakan kejohanan AFC/FIFA, selain mendapat lebih slot ke kejohanan ACL dan Piala AFC.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close