Do Dong-hyun pemain berbakat yang sering terpinggir

Brisbane Roar

Do Dong Hyun sebenarnya adalah terhasil daripada skuad Korea Selatan bawah 20 tahun. Menjadi pemain kelab terkenal Liga Australia iaitu Brisbane Roar pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun. Tidak mendapat rentak yang dimahukan oleh kelab, hanya 3 kali menjadi pemain gantian.

Donghyun Do bersama Brisbane Roar (Pic: Bradley Kanaris/Getty Images)

Do akhirnya berkelana ke FC Gifu, sebuah kelab di liga divison dua Jepun, hanya untuk bermain sekadar 5 perlawanan untuk 2 tahun iaitu 2013-2014 dan sempat menjaringkan 2 gol.

Berkelana ke India

Kemudian ke India untuk menyertai North East United dan hanya diturunkan 8 perlawanan sahaja. Pada 2014, kerjaya Do memuncak dengan penyertaan ke kelab East Bengal di Liga India. Beliau menjaringkan 19 gol dalam 33 perlawanan selama 2 tahun di kelab berkenaan. Bersama East Bengal, merupakan satu tempoh yang sangat cemerlang Do. Beliau menjadi sorotan peminat skuad Merah-Emas berpusat di Kolkata itu.

Di Kolkata, ada satu perlawanan Kolkata Derby di antara East Bengal dan Mohun Bagan. Pada musim pertama beliau di East Bengal, satu kelab yang besar di Liga India, Do menjaringkan dua gol semasa menentang Mohun Bagan. Bermula daripada itu, Do mula menjadi harapan peminat dan populariti Do di Liga India mula terserlah.

Pada musim kedua bersama East Bengal, Do ditimpa kecederaan dan prestasinya mula turun naik. Dalam satu insiden di tepi padang, Do menunjukan reaksi negatif dan tidak berpuas hati dengan jurulatih yang menggantikan beliau pada minit ke 57 perlawanan semasa East Bengal menentang Aiwzl FC pada awal musim 2016. Do menyepak botol minuman dan ditenangkan rakan sepasukan dan beberapa pegawai. Susulan daripada itu, Do mendapat hukuman dan dilarang menyertai latihan bersama pasukan.

Sejak daripada insiden berkenaan, hubungan Do dengan jurulatih Trevor James Morgan tidak lagi normal. Do bukan lagi dalam perancangan jurulatih. Pada November 2016, Do dilepaskan dengan satu persetujuan bersama selepas satu rundingan yang rumit. Jelas, Do sangat tidak diperlukan jurulatih.

 “Saya telah bercakap dengan jurulatih. Dia suka permainan dan pendekatan saya tetapi dia nak memenangi I League dan tak menghendaki saya lagi. Saya tak tahu kenapa beliau tak mahukan saya kalua suka dengan prestasi saya. Mungkin dia inginkan pemain seperti David Silva, jadi dia akan tolak jika Ibrahimovic menawarkan diri sekalipun,” ujar Do.

“Saya akan merindui penyokong East Bengal. Saya tak akan lupa 2 gol di Kolkata Derby tahun lepas. Saya masih cergas tapi jurulatih tidak berminat dengan saya lagi. Saya tak boleh buat apa-apa. Beginilah kehidupan sebagai pemain bolasepak,” tambah Do lagi.

Ke Malaysia

Selepas itu, Do memulakan langkah untuk ke Liga Malaysia. Dengan inisiatif dan perbelanjaan sendiri mungkin hasil pampasan 3 bulan bersama East Bengal, Do hadir ke trial bersama dengan pasukan Liga Premier, UITM FC dan pantas disambar pengurusan kelab universiti itu untuk menganggotai skuad dalam musim 2017.

Bersama UITM FC, Do kelihatan cergas dan tidak lagi ditimpa kecederaan. Aksi beliau sangat konsisten dengan 13 gol dalam 22 penampilan.

Do ditawarkan kontrak untuk musim kedua namun menolak selepas dipikat Kelantan untuk bermain dalam Liga Super musim 2018. Beliau menjadi tumpuan apabila menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Perak.

Namun kerjaya Do sekali lagi tidak berada di landasan baik apabila dilepaskan Kelantan pada pertengahan musim 2018 dan menyertai Terengganu sehingga hujung musim berkenaan. Kehadiran jurulatih baru Fajr Ibrahim meminggirkan pemain lebih berusia dan senior menjadikan Do sekali lagi menjadi mangsa percaturan jurulatih.

Beliau sekali lagi terpinggir daripada kesebelasan utama kerana aksi yang turun naik di Terengganu dan hanya menghabiskan baki kontrak di bangku simpanan.

Do akhirnya pulang ke Korea Selatan untuk menyertai Gyeongnam FC pada ketika kelab itu menduduki tangga kedua K-League 1 dan layak ke Asia Champions League. Tiba-tiba sahaja kerjaya Do berada dalam situasi yang lebih baik apabila berpeluang beraksi dalam Liga kelab Asia yang paling berprestij.

Namun, pemain tengah dan sayap kiri ini masih belum mampu menembusi kesebelasan utama atau pemain favourite jurulatih. Do tidak mampu membantu Gyeongnam FC yang merosot teruk selepas 2 musim di liga divison 1 Korea Selatan. Kelab itu akan bermain di liga division 2 musim 2020 nanti.

Do semasa menyarung jersi Terengganu

Entah di mana silapnya pemain yang belum lagi menginjak umur 30 tahun tidak mampu menjadi pemain kekal konsisten dalam setiap pasukan yang di wakilinya.

Walaupun begitu, Do masih boleh berbangga dengan kejayaan yang dikecapi bersama East Bengal sekitar tahun 2014-2016. Ketika di kelab itu Do berselisih pendapat dengan jurulatih, ketika di Kelantan Do sekali lagi terpinggir dek kerana pilihan jurulatih sendiri.

Apa nak buat, Do mungkin masih tercari-cari kelab yang paling sesuai yang akan melonjakkan lagi nama beliau di persada bolasepak Asia atau mungkin di benua lain. Di kala usia muda, masih ada masa untuk Do menjadi pemain yang berjaya sebelum menggantung but.

Mungkin Do perlu kembali berkelana ke negara lain?

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close