Dion Cools sertai kelab Denmark, tutup khabar angin perpindahan ke pasukan negeri di Malaysia

Pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools telah sah menyertai kelab Denmark, FC Midtjylland pada hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk, sekaligus menamatkan khabar angin dan spekulasi yang mengaitkannya dengan sebuah pasukan negeri di Malaysia.

Bersama Midtjylland, Cools menandatangani kontrak sehingga 2023.

Perkara ini telah disahkan oleh kelab Denmark tersebut dan memuatnaik temuramah pertama Cools bersama kelab itu.

Cools sebelum ini bermain untuk Club Brugge dan pernah muncul sebagai pemain utama kelab tersebut. Akan tetapi kini Cools telah hilang kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama lantas membuka pintu hatinya untuk berpindah.

Cools juga pernah bermain untuk Belgium bagi kategori peringkat umur dan beberapa bulan lalu, dia telah memuat naik story di Instagramnya yang bertanyakan peminat apakah dia akan menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.

Memandangkan harapannya untuk mewakili Belgium agak tipis, FAM patut berusaha untuk membawa pemain ini pulang dan beraksi bersama skuad kebangsaan.

 

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close