Dibayar menggunakan sosej, inilah senarai 5 perpindahan yang pelik dalam sejarah bola sepak

Musim jendela perpindahan musim sejuk berakhir pada 31 Januari dan beberapa kelab dilihat telah berbelanja untuk mendapatkan pemain baru bagi memperkuatkan pasukan.

Manakala bagi pasukan di Liga Malaysia, jendela perpindahan akan ditutup pada 15 Mac 2020.

Zaman kini selalunya kita akan lihat pemain dibayar pada harga juta-juta ringgit akan tetapi tidak lama dahulu, ada pemain yang tidak dibayar dengan menggunakan wang.

Sebaliknya kelab membayar pemain dengan menggunakan maanan atau benda.

Gary Pallister

Gary Pallister sememangnya dikenali oleh para peminat pasukan Manchester United memandangkan beliau muncul antara tulang belakang penguasaan Man United dalam liga Inggeris pada tahun 1990-an.

Sebelum menyertai Man United, Pallister terlebih dahulu bermain untuk pasukan Billingham. Ketika usianya menganjak 19 tahun, Pallister dibeli pasukan Middlesbrough di mana Boro hanya memberikan satu set peralatan latihan kepada Billingham.

Marius Cioara

Walaupun tidak terkenal seperti pemain bintang dunia, nama Marius Cioara tetap dingati kerana perpindahannya yang cukup istimewa.

Pemain berasal dari Romania ini telah berhijrah dari kelabnya, UT Arad ke kelab divisyen 4, Regal Hornia. Menariknya, Regal Hornia hanya perlu membayar kelab asal Marius 15 kg sosej!

Ernie Blekinsop

Bek kiri England ini mula bermain bola sepak bersama pasukan Cudworth Village pada usia 15 tahun. Ketika berusia 19 tahun, Ernie dibeli oleh Hull City.

Nilainya? Hull hanya perlu berikan satu tong arak buat pasukan lamanya. Ernie hanya sempat bermain sebanyak 11 perlawanan buat Hull sebelum berpindah ke Sheffield Wednesday dan menjadi lagenda di sana.

John Barnes

Lagenda Liverpool ini memulakan karier bola sepak bersama kelab Sudbury Court. Kehebatannya menarik minat Watford dan selepas rundingan, akhirnya Barnes menjadi milik Watford pada nilai satu set jersi buat Sudbury.

Bayangkan berapa banyak John Barnes boleh kita beli?

Indriyanto Nugroho

Pemain di liga Indonesia ini sebenarnya mempunyai cerita perpindahan yang menarik juga. Pada era Galatama, Indriyanto telah dijual oleh Arseto Solo ke Pelita Jaya pada harga 100 rupiah sahaja!

Ini sangatlah murah. Untuk memudahkan anggaran, RM1 bersamaan kira-kira Rp3337. Kalau Rp100? Jawapannya adalah RM0.03.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close