Bhutan jadi pilihan FAM ganti Bahrain

Perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Bahrain yang sebelum ini dijadualkan pada hujung bulan Mac telah dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga daripada jangkitan Covid-19.

Sebagai langkah alternatif, Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengatur perlawanan lain untuk memastikan pasukan Harimau Malaya tidak kehilangan tempo dan juga menguji pemain baru, dan memilih pasukan kebangsaan Bhutan untuk menguji skuad negara.

“Perlawanan persahabatan penting untuk memastikan pasukan negara lebih bersedia sebelum berkunjung ke UAE namun kita perlu hormati Bahrain yang enggan meneruskan aksi persahabatan di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town, Bahrain pada 21 Mac ini.

“Oleh itu, FAM akan cuba mencari pasukan yang bersedia untuk perlawanan persahabatan bertemu Harimau Malaya dan kemungkinan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Bhutan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Dalam pertemuan terakhir, Malaysia membelasah Bhutan 7-0, dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2018.

Pada peringkat kelayakan Piala Dunia2022/Piala Asia2023 sekarang ini, Malaysia berada pada kedudukan di tangga kedua, 2 mata di belakang Vietnam.

Untuk baki perlawanan, Malaysia akan menentang UAE pada 2 Mac di Dubai, sebelum pulang ke tanah air untuk menentang Vietnam pada 31 Mac.

Kejutan mampu dicipta menentang UAE nanti, ditambah dengan kehadiran pemain naturalisasi baru, Liridon Krasniqi.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close