Barisan utama menentang PJ City

Kelantan mempertaruhkan barisan terkuat pada aksi persahabatan menentang PJ City di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL), Cheras malam ini.
Antara pemain utama yang kembali disenaraikan semula ialah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrul Nizam Roshasni dan beberapa lagi tonggak. Menariknya perlawanan malam ini bakal mempertaruhkan gandingan Chistopher Jackson dan Guy Gna Bouyu untuk mengemudi jentera serang dalam usaha merobek kubu PJ City.
Sementara Ignat Dan Gelu akan mengemudi benteng pertahanan TRW malam ini. Selain itu, seorang lagi tonggak pertahanan Igor akan diuji pada perlawanan menentang PJ City untuk dinilai samada layak membarisi TRW atau tidak musim ini.
Jesteru, ‘pemain ke-12’ diseru untuk memenuhkan Stadium PBKL malam ini bagi memberikan sokongan padu kepada TRW yang menjadi tuan rumah.
Sumber: KELANTAN FA official
Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close