Artikel penulis jemputan: The Memorable Invincible

 

Artikel oleh Muhammad Hafiz ‘Betterman’

Masih segar di ingatan saya, Arsenal 2003/04 mengharungi perlawanan liga tanpa kalah. Bercakap atas kapasiti sebagai peminat EPL secara umumnya, musim itu saya agak marah kepada Wenger kerana tak meletakkan Bergkamp sebagai Top Striker, diarahnya Bergkamp bermain seperti No.10 tapi Titi Henry yang banyak menyelinap masuk ke kotak penalti melalui sayap kiri dan meletus hampir 40 gol musim itu.

Dennis Bergkamp

Bergkamp yang sudah berada di penghujung karier tidak lagi bertindak sebagai pembedil utama, berada berhampiran kotak untuk memancing Centerback lawan keluar dari kotak mereka. Tugas itu dilakukan dengan baik oleh beliau. Saya agak prejudis kerana membenci Henry kerana awalnya saya sangkakan beliau seorang yang tamak. Corak moden ini belum dapat diterima ketika itu oleh saya sebagai peminat tradisional dimana penyerang top harus bersikap seperti Romario.

Ketika itu saya masih ingat musim sebelumnya Tony Adams bersara, benteng Arsenal akan lemah. Dengan kekangan kewangan kerana Arsenal dalam proses awal persediaan untuk menyiapkan pra stadium baru, Highbury masih hangat dan relevan ketika itu. Dengan tekanan dari Chelsea yang sedang bermewah-mewah dalam membeli bintang, Arsenal mendapatkan Kolo Habib Toure dengan harga murah dari kelab kecil. Ianya dibeli untuk menampung kelompongan di posisi bek kanan.

Tony Adams

Manakala pula Lauren yang bermain sebagai Midfielder di Mallorca pula diberi tugas bermain bek kanan dan Kolo cuba digandingkan dengan CB yang tengah memuncak prestasi, Sol Campbell. Ternyata Arsene menemui resepi terbaik untuk membentuk Back Four Keemasan mereka. Bek kiri pula setelah pemergian Nigel Winterburn, Slyvinho yang masih baru, terpaksa menanggung kecederaan semusim. Wenger bergantung kepada tenaga muda, Ashley Cole dan Gael Clichy sebagai backup.

Viera, Pires, Henry dan Cole

Jens Lehmann juga nama baru di Highbury ketika itu, juga berada di top performance, di back up oleh goalie dari Egypt berdarah Sweden, Rami Shaaban. Di kawasan Midfield ketua pasukan baru Patrick Vieira sudah tak digabung lagi dengan Ray Parlour kerana Gilberto begitu bersahaja untuk merampas tempatnya dan seorang back up yang walau lembik berkaki panjang, Edu masih boleh diharap sekali sekala. Namun dominasi Vieira + Gilberto Silva sangat berjalan lancar, selain mempunyai gaya hantaran segera ke posisi yang kosong, Gilberto banyak membantu tugasan Vieira yang boleh diharap untuk membawa bola naik keatas. Ketika ini perseteruan yang hebat antara Vieira dan Roy Keane sebagai general padang terbaik selain Makalele juga sedang harum namanya di Chelsea.

Posisi sayap adalah pelincir terbaik pernah ada di EPL, dengan Tony Pires bagaikan menari berlari disebelah kiri, sehingga saya alpa dari mengingati kehebatan Ryan Giggs seketika. Di kanan pula Freddie Ljungberg dengan gaya rambut burung belatuk yang pelbagai warna menjadi senjata hebat untuk membelah flank lawan. Mereka berdua di back up posisi oleh Jose Reyes dan Sylvian Wiltord yang bila-bila masa boleh menyinar jika diberi peluang bermain. Henry juga sebenarnya penyerang sayap kiri namun banyak menjadi musang untuk menyelinap masuk ke kotak lawan, dibelakangnya ada Pires, selain Henry, Pires juga peledak yang bagus, banyak gol diciptakan kerana bahagian bek kanan musuh pada musim tersebut benar-benar dirogol oleh Pires dan Henry. Semua menggeleng kepala, Babayaro atau Djimi Traore malahan Gary Neville terpaksa melihat saja mereka ditembusi dua manusia ini.

Thierry Henry

Wenger terkenal dengan sikap pelatih yang sangat disiplin terutama di padang latihan, begitu intensif latihan kerana banyak musim pemainnya cedera ketika latihan, tapi musim itu skuad ini dengan disiplin tersendiri tersemat dihati, jarang berlaku kecederaan pada bintang utama. Wenger juga banyak mencampuri kehidupan sosial pemain, mengarahkan pemain fokus pada disiplin, hari kemenangan juga tidak dibenarkan untuk di rai dengan Arak dan makanan berat. Hidup bagaikan di kem askar, ungkap Alidiere, pemain muda paling rendah disiplin pada musim itu. Sepatutnya Wenger meletakkan harapan dibahu pemain muda ini untuk ganti Bergkamp sekali sekala, namun Wenger ada veteran Nwankwo Kanu yang cuma menggantikan Bergkamp yang jarang ditukar musim itu.

 

Ada sekali itu saya ingat Arsenal dilihat tak terkalah, dengan 11 kemenangan berterusan, walaupun Attacking minded mereka hebat dan tak pernah bermain bertahan, corak Arsenal ketika itu mudah kata cara mereka seperti Atletico Madrid ketika kemuncak. Banyak game dimenangi dengan defisit gol yang kecil, banyak juga yang clean sheet, namun mereka bukan bermain seperti filosofi Mourinho di Chelsea, mereka serang bertali arus tapi back four mereka tidak tertembusi. Saya ingat lagi, Lauren dan Kolo jenis bek kalut, mereka bukan bermain posisi kegemaran tapi sepanjang musim dalam kekalutan mereka di guide dengan baik oleh Sol Campbell, kalau naik menyerang pun cuma Ashley Cole, sebab itu bahagian sayap kiri mereka tak terkalah langsung, Ashley Cole kepada Pires dan kepada Theirry Henry. Henry juga masih baru dan belum dapat dihidu musuh sepenuhnya corak serangan beliau. Beliau yang agak tumpul di Juventus, datang ke Arsenal menggantikan pemergian Nicholas Anelka yang tak sempat menyinar.

Patrick Viera

Arsenal juga pada musim itu pada awal dilihat mengganas di Carling Cup, FA Cup dan UCL, tapi atas inisiatif mahu mengekalkan musim tak terkalah di EPL, mereka sanggup untuk keluar dari kejohanan lain di peringkat suku dan separuh akhir di tiga kejohanan tersebut. Henry yang meledak 40 gol disemua kejohanan musim itu menduduki tangga kedua sebagai pemain terbaik di Ballon D’or di belakang Shevchenko, penjaring terbanyak dan juara Seria A 2004.

Musim itu rata-rata pemerhati bolasepak melihat dengan serius keghairahan Chelsea yang sedang mengumpul bintang yang mana Total Spending musim itu 120 juta, mereka memancing Makalele, Joe Cole, Veron, Adrian Mutu dan Crespo dalam satu musim sahaja. Namun Wenger dan Arsenal tetap mengungguli persada ketika itu dan Patrick Vieira dengan gah nya menjulang trofi EPL The Invincibles yang berwarna emas di musim itu. Ini satu lipatan sejarah yang tak terkalah, yang mustahil untuk di lupakan, sesuatu yang dicemburui oleh siapa sahaja yang berada dalam lapangan bolasepak.

Arsene Wenger

Skuad yang lengkap dan bersistem dengan permainan menarik, ketika Henry membedil empat gol dalam satu game kalau tak silap menentang Leeds atau Fulham, lawan berjersi putih seingat saya, kami yang menonton bola ketika itu rata-rata penyokong Arsenal atau pembenci Arsenal, kami hanya mampu ternganga dan menggelengkan kepala. Zaman sekarang nak mencari pemain score empat dalam liga berprestij amat susah, itu lah kegilaan Arsenal ketika itu, bermain dengan keghairahan bolasepak yang cantik dan gandingan serangan yang unggul. “Pasukan bolasepak ini kadangkala ianya seperti seorang perempuan cantik. Jika anda tak ingatkan kepadanya bahawasanya dia cantik, dia pun boleh lupa yang dia itu cantik”. Satu ungkapan genit yang memukau dari The Professor, Arsene Charles Ernest Wenger, pencatur The Memorable Invincibles.

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close